Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Isteri Enggan Rawat Bisul Ditampar, Tukang Cuci Loji Dipenjara 2 Bulan

Tukang cuci loji air dipenjara dua bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Batu Pahat atas tuduhan menampar isteri kerana wanita tersebut enggan mendapatkan rawatan akibat penyakit bisul, Isnin lalu.

Foto: Harian Metro 

Menurut laporan Harian Metro, pengakuan tertuduh, Mohd Sahrol Jamaludin dibuat di hadapan Majistret Suhaila Shafi’uddin selepas pertuduhan dikemukakan oleh jurubahasa terhadapnya.

Bapa kepada tiga anak itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan atas pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya di sebuah rumah  di Parit Raja, jam 1 pagi, 14 Oktober lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Fakta kes menunjukkan tertuduh meminta mangsa mendapatkan rawatan di hospital susulan penyakit bisul di belakangnya. Namun, mangsa menolak permintaan itu kerana beranggapan penyakit tersebut sudah menjadi kebiasaan baginya.

Tertuduh yang berang secara tiba-tiba kemudian memarahi mangsa sehingga menimbulkan pergaduhan dan menjadi lebih serius apabila lelaki itu menampar pipi isterinya berkali-kali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahidah Mohd Sharip, manakala diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Normahani Raais.

Mahkamah turut mendedahkan beberapa rekod lampau tertuduh sebelum menjatuhkan hukuman itu, termasuk berkaitan dadah serta mencuri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara dua bulan berkuatkuasa dari tarikh ditahan, 14 Oktober lalu.

Sumber: Harian Metro (Alias Abd Rani)

Avatar
Ditulis oleh Tina Rahman

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Pemimpin kanan Bersatu, Mas Ermieyati Samsudin mempersoal kanyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kunjungan 165 kadet Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di...

Sosial

Seorang pembantu rumah Indonesia melahirkan anak secara tiba-tiba di kediaman majikannya sehingga mengejutkan keluarga tersebut baru-baru ini. Foto: Facebook Menurut laporan New Straits Times,...

Lokal

Sejumlah mata wang asing bernilai kira-kira RM5 juta ditemukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika menggeledah sebuah pangsapuri di ibu negara, yang didakwa dijadikan...

Sukan

Skuad futsal Malaysia ditewaskan 0-6 oleh Indonesia yang berada di kedudukan ke-28 dunia pada aksi persahabatan yang berlangsung di Gor Among Rogo, Yogyakarta, semalam....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd