Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dakwaan Anggota Merokok Di Restoran, Polis Buka Kertas Siasatan Tatatertib

Anggota polis yang didakwa merokok di kedai makan akan diteliti Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan video tular di media sosial baru-baru ini.

Menurut satu kenyataan, polis membuka kertas siasatan tatatertib terhadap anggotanya yang didakwa merokok di sebuah restoran di Petaling Jaya.

Foto: Sinar Harian

Ketua Polis Petaling Jaya Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya mengesan gambar itu di sebuah hantaran di aplikasi X oleh seorang pengguna dengan nama akaun ‘Dr Maslinda Si Derhaka’, kira-kira 8 pagi, Rabu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Shahrulnizam, gambar ditularkan itu memaparkan anggota dari Unit Kereta Peronda (MPV) IPD Petaling Jaya.

“Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya tidak sesekali berkompromi terhadap isu melibatkan pelanggaran undang-undang dan disiplin.
“Tindakan tegas akan diambil terhadap insiden itu,” katanya semalam.

Foto: Buletin TV3

Memetik laporan Buletin TV3, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya sedang mengenal pasti butiran lanjut termasuk bila kejadian terbabit berlaku.

“Kita perlu periksa kejadian itu baru berlaku atau ia gambar lama yang ditularkan.
“Sekiranya ia (merokok di kedai makan) kejadian baru, kita akan mengesan mereka yang terlibat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Foto: X Update Info

Advertisement. Scroll to continue reading.

Razarudin turut memberi amaran kepada semua warga PDRM untuk tidak melanggar undang-undang ditetapkan.

“Tindakan disiplin boleh dikenakan sekiranya anggota dan pegawai dikesan melanggar peraturan ditetapkan (merokok di kawasan larangan).
“Penyelia juga boleh diambil tindakan di bawah Peraturan 3C Peraturan – Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan &Tatatertib) 1993 sekiranya anggota bawahan mereka melakukan perkara sebegitu,” ujarnya.

Foto: Facebook Polis Daerah Petaling Jaya

Beliau turut mengingatkan anggota dan pegawai polis perlu menunjukkan teladan yang baik tanpa merosakkan imej PDRM.

Terdahulu, tular di laman X menunjukkan dua anggota polis duduk di meja makan di tepi jalan sambil didakwa memegang rokok.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, beberapa pengguna turut berkongsi gambar menunjukkan beberapa anggota merokok di kedai makan.

Larangan merokok di kawasan awam membabitkan semua tempat makan di seluruh negara telah dilaksanakan sejak Januari 2019.

Sumber: Facebook Polis Daerah Petaling Jaya, Buletin TV3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd