Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Beri iPhone 16 Kepada Speed, Peminat Di Singapura Jadi Bahan Ketawa Malaysia & Indonesia

Singapura menjadi bahan ketawa di laman sosial selepas ada peminat penstrim atas talian dari Amerika Syarikat (AS) IShowSpeed atau Speed beri hadiah telefon pintar Apple model terbaharu, iPhone 16 Pro Max kepada pempengaruh itu.

Menerusi satu hantaran di X, Rajvinder telah membuat hantaran semula atau ‘retweet’ sebuah video memaparkan seorang peminat Speed atau nama sebenarnya Darren Jason Watkins Jr.

Pada video tersebut, peminat tersebut telah menghulurkan kotak berisi iPhone 16 Pro Max namun Speed kelihatan tidak percaya bahawa model itu telah dikeluarkan.

Peminat di Singapura beri iPhone 16 kepada Speed

“Tak mungkin, sumpah! Tak mungkin, model ini belum dikeluarkan!” katanya.

Sebaik membuka kotak tersebut, Speed jelas kelihatan terkejut kerana selama menjelajah di rantau ini, pempengaruh itu langsung tidak mengetahui model itu telah dilancarkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Oleh kerana peminat itu menghadiahkan iPhone 16 Pro Max, Singapura menjadi bahan ejekan warganet Malaysia dan juga segelintir netizen Indonesia.

Beri iPhone 16 Kepada Speed

Susulan itu, individu yang membuat ‘retweet’ hantaran itu berkata Malaysia dan Indonesia masing-masing memberikan hadiah berupaya budaya seperti pakaian batik dan makanan tempatan.

“Negara lain bagi dia batik dan makanan tempatan. Tapi Singapura bagi iPhone sebab mereka tiada budaya yang boleh ditawarkan,” tulisnya.

Artikel lain: Perjelas Beza Batik Malaysia & Indonesia, Pemandu Pelancong Speed Undang Amarah Netizen Seberang

Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet dari Malaysia dan juga Indonesia bersetuju dengan kenyataan daripada individu yang membuat ‘retweet’ itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Speed tu dah kaya, buat apa bagi iPhone?

Beri iPhone 16 Kepada Speed

Betul lah?! iPhone?!

Beri iPhone 16 Kepada Speed

Budaya dorang adalah kaya

Beri iPhone 16 Kepada Speed

Boleh je bagi laksa Singapura, tapi bagi iPhone

Beri iPhone 16 Kepada Speed

Bagaimanapun, terdapat segelintir warga maya Indonesia yang tidak senang dengan ‘retweet’ tersebut kerana masih berasa kurang senang tentang isu batik dari negara mana.

Sekurang-kurangnya duit kami boleh belikan dia iPhone

Beri iPhone 16 Kepada Speed

Cakap negara lain tiada budaya, negara macam berbudaya

Beri iPhone 16 Kepada Speed

Kenapa kisah sangat pasal budaya negara lain?

Beri iPhone 16 Kepada Speed

Cakap banyak macam ada budaya

Beri iPhone 16 Kepada Speed

Dorang mampu bagi iPhone, bagi la iPhone……

Sumber: X Rajvinder

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Dua kenderaan Batalion Malaysia (MALBATT 850-11) yang terlibat dalam misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL) diserang sekumpulan orang awam negara...

Sosial

Pemandu pelancong kepada penstrim atas talian dari Amerika Syarikat (AS), IShowSpeed atau Speed undang amarah selepas menjelaskan kepada pempengaruh itu perbezaan antara pakaian batik...

Nasional

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meluahkan rasa bangga terhadap kejayaan Pharmaniaga Berhad yang telah membuka fasiliti pengilangan insulin dan vaksin pertama di...

Spotlight

Baru-baru ini, Gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengumumkan bahawa dirinya memeluk agama Islam, pada Isnin lalu. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Listy di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd