Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kebocoran Nota Diplomatik, Belum Ada Kesahihan – Khaled

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diminta bersiap sedia menghadapi kebarangkalian berkenaan isu amaran China yang meminta Malaysia menghentikan aktiviti cari gali minyak dan gas di perairan Laut China Selatan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya juga masih menunggu hasil siasatan berkaitan isu kebocoran maklumat membabitkan Nota Diplomatik daripada Republik Rakyat China (PRC) kepada Kedutaan Besar Malaysia di Beijing bertarikh 18 Februari lalu.

“Surat tu belum ada kesahihan, tapi memang kita tak nafikan ada tuntutan bertindih dan kita sentiasa memerhatikan apa yang berlaku antara China dan Filipina.
“Kita juga tak tolak kemungkinan, kita perlu bersiap sedia (dalam keadaan) apa pun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Executive Lecture Menteri Pertahanan Bersama Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Awam di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim hari ini.

Foto: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, tular satu artikel berhubung nota diplomatik berkenaan yang diterbitkan oleh sebuah portal media Filipina bertarikh 29 Ogos lalu.

Susulan itu, Kementerian Luar Negeri (KLN) dilaporkan sedang menjalankan siasatan dalaman dan telah membuat laporan polis.

Menurut KLN, Malaysia akan terus mempertahankan kedaulatan, hak-hak kedaulatan dan kepentingannya di kawasan maritim negara berdasarkan Peta Malaysia 1979.

“Pendekatan Malaysia ini adalah selaras dengan prinsip undang-undang antarabangsa yang diiktiraf sejagat termasuk Konvensyen Undang-Undang Laut Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Convention on the Law of the Sea- UNCLOS) 1982,” katanya.
Advertisement. Scroll to continue reading.

Avatar
Ditulis oleh Tina Rahman

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) nafi dakwaan syarikat itu telah eksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja. Menerusi satu kenyataan di Facebook, GISBH menegaskan pihaknya...

Lokal

Dua lelaki penarik kereta ditemui meninggal dunia dalam sebuah kenderaan dekat Jalan Persiaran 9, Taman Ampang pada Selasa. Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis...

Sukan

Bekas pelumba negara yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias disahkan maut dengan 12 kesan tetakan. Memetik laporan...

Nasional

Bermula 1 Oktober ini, tiada lagi diskaun bagi barangan atau produk makanan dan minuman yang bergula dalam Program Jualan Rahmah MADANI. Timbalan Menteri Perdagangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd