Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Paralimpik Paris 2024: Ziyad Raih Perak, Padam ‘Episod Gelap’ Edisi Tokyo 2020

Jaguh olahraga para negara, Muhammad Ziyad raih perak dalam acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual) Sukan Paralimpik Paris 2024 hari ini.

Ziyad raih perak!

Ziyad raih perak

Foto: Bernama

Menurut laporan Bernama, kejayaan pada edisi kali ini sekali gus memadam episod gelap dilalui pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 apabila penyertaannya dibatalkan kerana lewat ke bilik panggilan.

Muhammad Ziyad berkata, walaupun tidak merampas semula pingat emas tetapi dia berpuas hati dapat kembali menaiki podium selepas kali terakhir melakukannya di Rio 2016.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Alhamdulillah, untuk sumbang perak ia lebih baik daripada tiada langsung. Bagi saya memang harapan tinggi untuk pingat emas namun saya tidak rasa kecewa sangat  kerana sudah cuba beri terbaik tadi.
“Kisah yang menghantui saya akhirnya sudah habis. Lega rasanya kerana detik tersebut memang menghantui saya sejak tiga tahun lepas hingga saya tertekan dan kini saya dapat buktikan dengan pingat perak, macam mimpi pun ada,” katanya.

Ziyad raih perak

Foto: Bernama

Pada aksi akhir, atlet berusia 34 tahun itu meraih kejayaan dengan catatan 17.18 meter (m) di belakang Oleksandr Yarovyi dari Ukraine, yang melakukan rekod dunia baharu 17.61m untuk emas.

Artikel lain: Paralimpik Paris 2024: Tekanan Punca Fareez Kehilangan Gangsa

Rakan sepasukannya, Maksym Koval yang melakukan lontaran sejauh 16.99m terpaksa berpuas hati dengan gangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ziyad raih perak

Foto: Bernama

Sementara itu, Muhammad Ziyad mempunyai sasaran bagi membawa pulang pingat emas buat Malaysia pada Sukan Paralimpik 2028 di Los Angeles nanti.

“Saya tidak pernah terfikir untuk pencen lagi. Mungkin saya akan beraksi lagi untuk Sukan Paralimpik seterusnya dan bergantung pada keadaan badan saya ketika itu untuk cuba buat terbaik.
“Selepas ini, saya akan berehat sebentar dan meluangkan masa bersama keluarga,” ujarnya.

Sumber: Bernama (Amiril Muttaqien Meketar)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Avatar
Ditulis oleh Nor Hidayah

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) nafi dakwaan syarikat itu telah eksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja. Menerusi satu kenyataan di Facebook, GISBH menegaskan pihaknya...

Lokal

Dua lelaki penarik kereta ditemui meninggal dunia dalam sebuah kenderaan dekat Jalan Persiaran 9, Taman Ampang pada Selasa. Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis...

Sukan

Bekas pelumba negara yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias disahkan maut dengan 12 kesan tetakan. Memetik laporan...

Nasional

Bermula 1 Oktober ini, tiada lagi diskaun bagi barangan atau produk makanan dan minuman yang bergula dalam Program Jualan Rahmah MADANI. Timbalan Menteri Perdagangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd