Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Jenna Ortega Nafi Ada Hubungan Istimewa Dengan Johnny Depp

Pelakon Jenna Ortega sekali lagi nafi dakwaan dia ada menjalinkan hubungan bersama dengan aktor Johnny Depp hanya kerana mereka pernah berlakon di bawah pengarah yang sama.

Menerusi satu temu bual yang dibuat bersama BuzzFeed, aktres berusia 21 tahun itu ditanya tentang khabar angin tentang dirinya yang tidak masuk akal.

Ortega kemudian menjawab, khabar angin tentang dirinya yang sangat tidak masuk akal adalah dakwaan dia sedang menjalin hubungan cinta bersama Depp.

Jenna Ortega nafi ada hubungan dengan Johnny Depp

Pada masa yang sama, aktres itu turut menafikan bahawa pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sebelum ini berkaitan khabar angin itu yang meminta orang ramai membiarkan mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Khabar angin tentang saya yang tak masuk akal mungkin dakwaan saya sedang menjalin hubungan serius bersama Johnny Depp dan saya mahu semua orang untuk tidak menganggu kami.
“Itu sangat tidak masuk akal! Saya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan. Media memang suka buat quote sendiri,” katanya sambil tertawa kecil.

Pada masa yang sama, Ortega turut merasakan khabar angin itu kelakar kerana bukan sahaja peminat malahan rakan selebritinya juga mempercayai dakwaan tersebut.

“Tapi saya rasa perkara itu sangat kelakar. Saya ada dalam set dan Richard E. Grant datang dan tanya saya, ‘jadi, awak dan Johnny?’
“Saya cuma gelak sebab saya tak kenal pun Johnny,” ujarnya.

Sekadar info, kedua-dua Ortega dan Depp terkenal dengan hasil lakonan mereka bersama pengarah Tim Burton, yang mana aktres itu berlakon dalam siri ‘Wednesday’.

Jenna Ortega Nafi Hubungan Dengan Johnny

Manakala, Depp pula terkenal dalam beberapa filem arahan Tim Burton seperti ‘Edward Scissorhands’, ‘Ed Wood’, dan ‘Alice in Wonderland’.

Bagaimanapun, Ortega dan Depp masih belum pernah bekerjasama secara langsung dalam mana-mana drama ataupun filem.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: YouTube BuzzFeed Celeb

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) nafi dakwaan syarikat itu telah eksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja. Menerusi satu kenyataan di Facebook, GISBH menegaskan pihaknya...

Lokal

Dua lelaki penarik kereta ditemui meninggal dunia dalam sebuah kenderaan dekat Jalan Persiaran 9, Taman Ampang pada Selasa. Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis...

Sukan

Bekas pelumba negara yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias disahkan maut dengan 12 kesan tetakan. Memetik laporan...

Nasional

Bermula 1 Oktober ini, tiada lagi diskaun bagi barangan atau produk makanan dan minuman yang bergula dalam Program Jualan Rahmah MADANI. Timbalan Menteri Perdagangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd