Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Pengasas Telegram, Pavel Durov Dilapor Terlibat Aktiviti Jenayah Dalam Platform

Pengasas Telegram, Pavel Durov dilaporkan berdepan beberapa pertuduhan berkaitan dengan aktiviti jenayah dalam platform sekali gus tidak dibenarkan keluar dari Perancis.

Menurut laporan CNN, Pejabat Pendakwa di Perancis berkata, pertuduhan itu termasuk keterlibatan beliau dalam urusan perniagaan geng haram, ‘aktiviti pencucian wang haram’ dalam sesuatu organisasi dan menolak untuk menyampaikan maklumat kepada pihak berkuasa.

Foto: CNN

“Dia mesti kekal di negara ini di bawah pengawasan kehakiman, dengan jaminan ditetapkan pada $5.56 juta (5 juta euro), dan dikehendaki untuk melapor diri ke balai polis Perancis dua kali seminggu,” katanya.

Pendakwa itu berkata, Durov belum lagi dinyatakan bersalah mengikut undang-undang Perancis, namun mereka yakin sekiranya siasatan rasmi dikeluarkan, beliau akan dikenakan tindakan undang-undang atas kesalahannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: South China Morning Post

“Tindakan yang disiasat termasuk ‘keterlibatan dalam pentadbiran platform yang membolehkan transaksi haram dalam organisasi teratur’ merupakan suatu kesalahan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun,” ujarnya.

Malah, pendakwa itu juga memaklumkan bahawa ‘hampir ketiadaan tindak balas’ dari Telegram kepada Pejabat Kebangsaan Perancis untuk anak-anak di bawah umur atas pelbagai kesalahan termasuk pemerdagangan, buli siber dan jenayah pedofilia.

Foto: Britannica

Sebelum ini, polis telah menangkap Durov, 39, di Lapangan Terbang Bourget Paris pada Sabtu dan ditahan sehingga 96 jam sebelum kes beliau diserahkan kepada mahkamah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan itu, kerajaan Rusia bertindak mengkritik kepimpinan Perancis yang dikatakan secara terang-terangan tidak mematuhi undang-undang antarabangsa dalam melindungi kebebasan hak bersuara.

Sumber: CNN

Avatar
Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) nafi dakwaan syarikat itu telah eksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja. Menerusi satu kenyataan di Facebook, GISBH menegaskan pihaknya...

Lokal

Dua lelaki penarik kereta ditemui meninggal dunia dalam sebuah kenderaan dekat Jalan Persiaran 9, Taman Ampang pada Selasa. Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis...

Sukan

Bekas pelumba negara yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias disahkan maut dengan 12 kesan tetakan. Memetik laporan...

Nasional

Bermula 1 Oktober ini, tiada lagi diskaun bagi barangan atau produk makanan dan minuman yang bergula dalam Program Jualan Rahmah MADANI. Timbalan Menteri Perdagangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd