Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

PRK DUN Mahkota: Seluruh Jentera Kerajaan Perpaduan Digerakkan Sepenuhnya

Kerajaan Perpaduan akan menggerakkan sepenuhnya seluruh jentera parti komponen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Johor pada September depan.

Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia bertujuan untuk memenangi hati serta sokongan pengundi yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Foto: Kosmo!

“Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) akan digerakkan sepenuhnya bagi memenangi hati dan sokongan pengundi di DUN Mahkota dari kalangan pelbagai kaum dan agama.
“Mesyuarat menyokong penuh calon BN di PRK DUN Mahkota, mewakili Kerajaan Perpaduan Malaysia yang bakal dinamakan oleh kepimpinan tertinggi BNl dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, perkara itu ditetapkan dalam Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan Malaysia yang berlangsung di Seri Perdana, Putrajaya semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: FB Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

Asyraf Wajdi menjelaskan, mesyuarat itu memperakui struktur jentera Kerajaan Perpaduan dengan pelantikan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai Pengarah PRK manakala Aminolhuda Hassan dilantik menjadi Penyelaras Jentera PH.

“Mesyuarat turut memandang serius isu 3R (kaum, agama dan raja) serta menegaskan akan menumpahkan taat setia dan terus mempertahankan kedaulatan dan kedudukan Raja-raja Melayu sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan.

Foto: FB Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

“Mesyuarat menzahirkan kesyukuran dan mengucapkan tahniah kepada BN kerana memenangi PRK DUN Nenggiri dengan majoriti besar,” jelas beliau.

Mesyuarat berlangsung semalam itu dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut dihadiri kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta semua pimpinan parti Kerajaan Perpaduan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

Avatar
Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) nafi dakwaan syarikat itu telah eksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja. Menerusi satu kenyataan di Facebook, GISBH menegaskan pihaknya...

Lokal

Dua lelaki penarik kereta ditemui meninggal dunia dalam sebuah kenderaan dekat Jalan Persiaran 9, Taman Ampang pada Selasa. Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis...

Sukan

Bekas pelumba negara yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias disahkan maut dengan 12 kesan tetakan. Memetik laporan...

Nasional

Bermula 1 Oktober ini, tiada lagi diskaun bagi barangan atau produk makanan dan minuman yang bergula dalam Program Jualan Rahmah MADANI. Timbalan Menteri Perdagangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd