Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Raih Anugerah Datuk, Ucapan Terima Kasih Akmal Saleh Buat Ibu Bapa Undang Sebak

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh sah bergelar Datuk selepas terima anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) daripada Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Ali Rustam dan kerajaan negeri.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Muhamad Akmal telah membuatkan ramai sebak selepas berkongsi video memaparkan kegembiraan kedua ibu bapanya selepas beliau menerima gelaran berkenaan.

Akmal Saleh terima anugerah Datuk, ucapan buat ibu bapa undang sebak

Akmal saleh terima anugerah datuk

Foto: Malay Mail

“Gelaran Datuk ini bukan milik saya. Gelaran ini saya nak bagi kepada orang yang betul-betul layak menerimanya,” katanya.

Dia kemudian masuk ke dalam rumah dan bertemu dengan ayahnya lalu menyandangkan selempang anugerah kepada ayahnya sambil mengucapkan terima kasih.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ni untuk ayah, bukan untuk saya. Terima kasih banyak-banyak, takde ayah, takdelah saya hari ini. Terima kasih ayah,” ujarnya sambil memakaikan ayahnya selempang berkenaan kemudian memeluknya dengan erat.

Akmal saleh terima anugerah datuk

Muhamad Akmal turut berseloroh ayahnya kini boleh dipanggil dengan gelaran Datuk, dan gurauan disambut dengan tawa kecil daripada ayahnya.

Dalam pada itu, ayah kepada Muhamad Akmal sempat menyuarakan kesyukuran kerana anaknya menerima anugerah tersebut sebelum menitikkan air mata kegembiraan.

Akmal saleh terima anugerah datuk

Selepas itu, Muhamad Akmal kemudian memakaikan pula selempang berkenaan kepada ibunya sambil mengucapkan terima kasih kepadanya.

“Terima kasih mak, kalau takde mak dengan ayah, takdelah saya hari ini. Ini bahagian untuk mak dengan ayah. Dulu, masa kita fikir dapat ni, masa kita susah. Ni kalau takde mak yang didik saya, takdelah dapat ni,” luahnya.

Akmal saleh terima anugerah datuk

Sebelum ini, Muhamad Akmal yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu juga telah mengucapkan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Negeri, Tun Dr Mohd Ali Rustam dan kerajaan negeri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Kedah Sekali Lagi Tuntut Bayaran Caj Air Mentah Dari Pulau Pinang

Sekadar info, seramai 352 individu tersenarai untuk menerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri sempena hari jadi Yang di-Pertuan Negeri, Tun Dr Mohd Ali Rustam yang ke-75.

Turut menerima darjah adalah pelakon Remy Ishak atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak yang dianugerahkan DPSM bergelar Datuk.

Sumber: Facebook Akmal Saleh

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) nafi dakwaan syarikat itu telah eksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja. Menerusi satu kenyataan di Facebook, GISBH menegaskan pihaknya...

Bisnes

Tesla Malaysia (Tesla) mengumumkan telah buka pusat servis terbaharu di Pulau Pinang bagi menampung jumlah pelanggan yang semakin meningkat di wilayah utara Malaysia. Memetik...

Lokal

Naib Presiden DAP, Teresa Kok mengemukakan surat tuntutan (LOD) terhadap Datuk Dr. Muhammad Akmal Saleh dengan menuntut Ketua Pemuda UMNO itu membayar ganti rugi...

Lokal

Dua lelaki penarik kereta ditemui meninggal dunia dalam sebuah kenderaan dekat Jalan Persiaran 9, Taman Ampang pada Selasa. Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd