Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Mahu Tumpu PhD, Jo-Anna Sah Lepas Jawatan Dalam Parti Sejak Tahun Lalu

Timbalan Ketua Wirawati Parti Warisan (Warisan), Jo-Anna Sue Henley Rampas sah lepas jawatan sejak tahun lalu bagi menjawab spekulasi beliau telah meninggalkan parti berkenaan.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Jo-Anna berkata beliau melepaskan jawatan itu kerana ingin memberi tumpuan kepada pengajiannya di peringkat ijazah doktor falsafah (PhD) di Universiti Sarawak Malaysia (UNIMAS).

Jo-Anna sah lepas jawatan Ketua Wirawati Warisan

Jo-Anna Sah Lepas Jawatan

“Saya mengambil keputusan untuk berundur daripada semua jawatan politik sejak tahun lalu memandangkan saya kembali belajar untuk PhD di UNIMAS,” katanya.

Dalam pada itu, pemenang Unduk Ngadau (ratu cantik) 2007 itu juga memaklumkan buat masa sekarang dia tidak merancang untuk kembali aktif dalam politik.

Artikel lain: Ustaz Wadi Tegaskan Tidak Pernah Minta Jadi Calon di PRK DUN Nenggiri

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, dia mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada tesis dan penyelidikan yang sedang dijalankannya yang mengambil masa sekurang-kurangnya 18 bulan hingga dua tahun.

“Saya tidak menyertai mana-mana aktiviti politik sejak tahun lalu dan tidak merancang untuk kembali aktif dalam masa terdekat memandangkan saya sedang menyiapkan tesis dan penyelidikan saya, sekurang-kurangnya 18 bulan hingga dua tahun,” ujarnya.

Jo-Anna Sah Lepas Jawatan

Bagaimanapun, Jo-Anna berkata dia masih terbuka untuk melakukan perbincangan politik dan berkongsi pendapat berkaitan situasi semasa politik di Sabah.

Terdahulu, Jo-Anna pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Wirawati Warisan Tuaran dan menjadi calon Warisan bagi kerusi Parlimen Tuaran pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November 2022.

Sumber: Facebook Jo-anne Henley Rampas

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd