Pasangan suami isteri yang juga merupakan pempengaruh media sosial telah ditahan dan direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu.
Memetik laporan Berita Harian, pasangan suami isteri itu ditahan reman selama empat hari bersama dua lelaki yang mengendalikan platform derma JomDonate.
Pasangan suami isteri direman
Foto: Sinar Harian
Perintah tahanan reman selama empat hari terhadap empat individu itu bermula pada Khamis dan dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.
Sementara itu, kes disiasat mengikut Seksyen 14 (1)(B) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA).
Menurut sumber, kedua-dua pengendali platform kutipan derma atas talian itu ditahan SPRM pada tengah malam kelmarin ketika memberi keterangan.
Sebelum ini, pasangan suami isteri itu menerusi peguamnya menafikan semua dakwaan penyelewengan dan pecah amanah membabitkan dirinya seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
Artikel lain: Senarai Hitam Peserta Sukan Menipu Dalam Pertandingan – Exco Johor
Peguam kepada pasangan tersebut menafikan anak guamnya mempunyai sebarang penglibatan anak guamnya dalam kes yang tular menerusi satu kenyataan media.
Menurutnya, individu yang bertanggungjawab menyebarkan tuduhan itu perlu membuktikan dakwaan mereka di mahkamah termasuk tuduhan melibatkan skim 20 peratus yang diterima anak guamnya bagi keseluruhan derma oleh platform kutipan derma dalam talian.
Foto: Harian Metro
Pada masa yang sama, peguam itu menegaskan segala aset yang diperoleh anak guamnya adalah atas daya usaha mereka tanpa menyalahgunakan mana-mana dana mahupun kutipan derma.
“Anak guam kami juga seperti sedia maklum menjalankan pelbagai perniagaan yang menjana keuntungan dan berhak menikmati hasil keuntungan perniagaan untuk tujuan peribadi,” katanya.
Sumber: Berita Harian (Samadi Ahmad)