Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Selepas 15 Tahun Berkhidmat, Kontrak Hendrawan Bersama BAM Tidak Disambung

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan tidak menyambung kontrak jurulatih perseorangan lelaki, Hendrawan yang akan tamat pada Disember ini.

Foto: BERNAMA

Menurut laporan Berita RTM, Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky merakamkan penghargaan kepada Hendrawan atas sumbangannya selama 15 tahun kepada badminton Malaysia, termasuk membantu negara meraih pingat perak di Olimpik dan membimbing Lee Zii Jia menjadi juara.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada Hendrawan kerana dia sudah menyumbang kepada BAM selama 15 tahun.
“Beliau juga bantu BAM untuk dapat pingat perak di temasya Olimpik dan pernah bawa Lee Zii Jia jadi juara,” katanya ketika ditemui selepas latihan pasukan kebangsaan di Akademi Badminton Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini.

Foto: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

BAM juga mengumumkan penstrukturan semula barisan kejurulatihan skuad senior dan pelapis kebangsaan untuk meningkatkan prestasi atlet, terutamanya dalam kategori perseorangan lelaki dan wanita serta beregu wanita.

Dalam struktur baharu ini, hanya ketua jurulatih sektor beregu campuran dan lelaki dikekalkan, manakala beberapa jurulatih pasukan pelapis dinaikkan pangkat ke pasukan senior.

“Kita harap (dengan) penstrukturan semula ini kita boleh hasilkan lebih banyak juara. Kalau kita lihat sekarang sektor perseorangan lelaki dan wanita agak tiada perubahan (stagnant). Jadi perlu orang baharu yang boleh bawa pengetahuan baharu dan idea segar.
“Kita telah mengenal pasti beberapa calon dan perkara paling penting, jurulatih itu adalah yang terbaik dan mempunyai idea untuk melakukan perubahan,” ujarnya.

Ketua jurulatih beregu wanita, Hoon Thien How dan jurulatih perseorangan lelaki, Datuk Tey Seu Bock pula kini dipertanggungjawabkan untuk melatih pasukan pelapis.

Sumber: Berita RTM

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd