Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

UMNO Johor Patut Minta Akmal Mohon Maaf, Bukan Sindir DAP

Ahli Jawatankuasa Pusat DAP, Lee Chin Chen menegaskan UMNO Johor seharusnya meminta Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Akmal Saleh memohon maaf secara terbuka jika mahu memenangi PRK Mahkota.

Memetik laporan Malaysiakini, ia susulan kenyataan Akmal terhadap Naib Pengerusi DAP Teresa Kok yang sekaligus telah menyinggung masyarakat Cina di Malaysia.

Katanya, UMNO Johor perlu bersikap pragmatik ketika berinteraksi dengan pengundi dan tidak memburukkan keadaan dengan menabur perpecahan melalui sindiran, label dan tuduhan.

Foto: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lee juga berkata UMNO seharusnya bermuhasabah diri terhadap sikap anggotanya dan berhenti menuding jari menyalahkan pengundi Cina dan DAP.

“Jika (Timbalan Pengerusi BN Johor Nur Jazlan Mohamed) bersedia turun padang dan mendengar pandangan ikhlas pengundi Cina di Johor tentang Akmal, dia akan segera memahami mengapa suasana pilihan raya kali ini begitu tegang,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor iaitu Nur Jazlan Mohamed menekan DAP untuk memastikan pengundi Cina keluar mengundi PRK Mahkota pada Sabtu ini.

Tidak cukup dengan itu, Nur Jazlan juga menyindir DAP dengan berkata ia adalah tugas mudah buat parti itu dan rangkaian laskar sibernya.

Nur Jazlan juga mendakwa sekumpulan pengundi Cina bertindak secara ‘oportunis’ dalam membuat pilihan dan jika mereka tidak dapat dipengaruhi oleh calon BN yang berkeupayaan berbahasa Cina, Syed Hussien Syed Abdullah, mungkin mereka tidak berminat untuk mengundi calon bukan Cina.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Malaysiakini

 Bagaimanapun, Lee menolak tuduhan itu dan mendakwa sebab utama pengundi Cina tidak keluar mengundi kerana ‘kelakuan ekstrem’ Akmad dan bukannya faktor-faktor yang disebut Nur Jazlan.

“Walaupun DAP mendapat sokongan meluas dalam kalangan masyarakat Cina, pengundi Cina tidak pernah menjadi ‘deposit tetap’ bagi mana-mana parti politik.
“Mereka membuat penilaian sendiri dan pada PRK Mahkota ini, punca jelas ketidakpuasan hati disebabkan retorik perkauman Akmal,” ujarnya.

Lee turut menafikan dakwaan Nur Jazlan berkenaan pengundi Cina tidak berminat untuk mengundi calon bukan Cina disamping menegaskan kaum itu tiada masalah mengundi calon bukan Cina, sama seperti PRK tahun lalu.

Sekadar info, Syed Hussien yang juga ketua Pemuda Umno Kluang dan bekas pelajar sekolah vernakular Cina bakal menentang calon PN Mohamad Haizan Jaafar, dalam pertandingan satu lawan satu pada PRK Mahkota.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekitar 35 peratus pengundi Cina di Mahkota, 54 peratus Melayu dan lapan peratus India.

Undi masyarakat Cina berpotensi menentukan kemenangan BN dalam mempertahankan kerusi tersebut dan terdapat kebimbangan peratusan keluar mengundi dalam kalangan komuniti itu mungkin rendah.

Salah satu faktor utamanya kerana tidak puas hati dengan serangan Akmal terhadap Naib Pengerusi DAP Teresa Kok mengenai isu sijil halal.

Sebelum ini Kok yang juga ahli parlimen Seputeh disiasat berhubung kenyataannya mengenai cadangan mewajibkan pensijilan halal ke atas restoran dan syarikat makanan yang tidak menghidangkan daging babi dan alkohol.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan itu Akmal menggelarkan Kok sebagai “Nyonya tua” dan memberi amaran supaya pemimpin DAP itu tidak mencampuri urusan berkaitan agama Islam.

Foto: Malaysiakini

Dia juga secara sinis meminta kerajaan menyediakan logo non-halal untuk “ditampal di dahi” pemimpin DAP itu.

Teresa telah memberikan keterangan kepada pihak polis berhubung isu itu namun menegaskan tiada keperluan untuk pihak berkuasa itu melakukan siasatan terhadapnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada hari sama Kok mengeluarkan surat tuntutan kepada Akmal bagi menuntut ganti rugi berjumlah RM25 juta.

Dalam notis yang dihantar oleh peguamnya Sankara Nair and Partners, Kok mendakwa Akmal memutar belit kenyataannya mengenai isu pensijilan halal.

Sumber: Malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Pengangkutan (MOT) akur bagi melonggarkan salah satu syarat kelayakan Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 kepada kelas B...

Dunia

Polis Thailand bakal mendakwa pemandu bas sekolah yang terbakar sehingga mengakibatkan kematian 23 murid dan guru di negara itu pada Selasa selepas suspek serah...

Lokal

Negeri Johor tidak akan bertolak ansur dengan acara tidak senonoh serta lucah seperti yang tular yang melibatkan program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di...

Lokal

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu mengkaji dan berkemungkinan mengurangkan silibus sedia ada bagi memastikan pelajar mempunyai masa yang mencukupi untuk menguasai setiap mata pelajaran....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd