Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Empat Rakyat Malaysia Tiba Di Tanah Air, 16 Lagi Bakal Menyusul Dari Lubnan

Empat orang rakyat Malaysia disahkan telah selamat dibawa pulang dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan, pagi tadi.

Foto: Carian Google

Menerusi satu kenyataan, Kementerian Luar Negeri berkata seorang lagi rakyat Malaysia dijadualkan akan tiba pada petang ini.

Kedutaan Besar Malaysia di Beirut telah membawa pulang mereka dari negara tersebut melalui pesawat komersial.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pihak kementerian sedang berusaha bagi memastikan baki rakyat Malaysia seramai 16 orang akan dievakuasi dengan selamat.

“Usaha sedang giat dijalankan untuk memastikan bahawa baki rakyat Malaysia dan ahli keluarga yang masih berada di Lubnan, berjumlah 16 orang, akan berjaya dievakuasi dengan selamat,” kata kenyataan itu yang dikongsi oleh Wisma Putra melalui satu hantaran di Facebook.

Kementerian turut memberikan jaminan sepenuhnya untuk menjaga keselamatan dan kebajikan warga Malaysia yang berada di Lubnan.

Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Beirut akan sentiasa mengawasi perkembangan situasi terkini dengan terus memberikan sokongan dan bantuan yang diperlukan kepada rakyat Malaysia di sana.

“Kedutaan Besar Malaysia di Beirut akan terus memantau keadaan yang menyediakan bantuan yang diperlukan,” ujar kenyataan itu lagi.

Sumber: Facebook Wisma Putra

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd