Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Larian Berpakaian Tidak Senonoh, Warga Asing Didenda RM5,000

Dua lelaki warga asing mengaku bersalah di Mahkamah Majistret atas perbuatan lucah yang menimbulkan rasa kurang senang terhadap orang lain kerana berpakaian tidak sopan semasa Larian Antarabangsa Pan Asia 2024, pada Jumaat.

Foto:Kosmo!

Menurut laporan Berita Harian, salah seorang daripada yang dituduh merupakan warga Taiwan, Arthur Wang berusia 66 tahun, manakala seorang lagi merupakan warga India, Prasad Papoli berusia 70 tahun.

Majistret NurKhalida Farhana Abu Bakar menjatuhkan hukuman kepada dua individu tersebut dengan denda RM5,000 atau satu bulan penjara sekiranya gagal membayar denda.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Facebook Mohd Latif Bin Talib

Mengikut pertuduhan tersebut, kedua-dua lelaki didapati berpakaian secara tidak sopan dan mengaibkan di lokasi terbuka iaitu di jalan utama Desaru yang terletak di daerah Pengerang seterusnya menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan orang awam.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan di mana sekiranya sabit kesalahan, seksyen yang sama memperuntukkan bahawa tertuduh boleh dijatuhi hukuman penjara selama tempoh maksimum tiga bulan, atau dikenakan denda, atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini, Timbalan Pendakwa Raya Abdul Ghafar mengemukakan rayuan kepada mahkamah untuk menjatuhkan hukuman dan menegaskan bahawa hukuman tersebut bukan sahaja bertujuan mendidik, tetapi sebagai peringatan kepada pelancong asing dan penduduk tempatan untuk menghormati norma berpakaian serta nilai-nilai kebudayaan tempatan semasa melawati sesebuah negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (Mary Victoria Dass)

Ditulis oleh Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Sosial

Sebuah kereta mewah Nissan GT-R disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas didapati dipandu dengan lesen tamat tempoh dan tanpa insurans di susur keluar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd