Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Berita Palsu Pesawat Terhempas Babit Pemain, Pengurus Sabah FC Mahu Ambil Tindakan

Tular berita palsu yang dimuat naik oleh laporan portal dikenali sebagai Newsstation.COM itu mendakwa dunia bola sepak sedang berduka selepas nahas kapal terbang yang dahsyat meragut nyawa beberapa pemain terbaik Sabah F.C.

Laporan portal tersebut menggambarkan bahawa kemalangan tragis itu berlaku dalam perjalanan ke perlawanan liga yang penting, membuatkan peminat dan komuniti bola sepak global terkejut dan tidak percaya.

 Foto: Berita Harian

Laporan menunjukkan bahawa penerbangan sewa yang membawa pemain dan beberapa kakitangan kejurulatihan Sabah FC sedang menuju ke perlawanan di tempat lawan apabila pesawat itu mengalami pergolakan teruk dan terputus hubungan dengan kawalan trafik udara.

Tidak lama selepas itu, pesawat itu jatuh di kawasan terpencil, menjadikan usaha menyelamat mencabar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Instagram Rafie Robert

Pengurus Sabah FC, Rafie Robert berkata laporan berita itu adalah tidak benar dan palsu manakala pihaknya mempertimbangkan untuk membuat laporan polis dalam tempoh terdekat agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.

Katanya Sabah FC pada ketika ini sedang menjalani latihan untuk menghadapi pertemuan perlawanan persahabatan dengan Tawau FA pada 12 Oktober ini.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Instagram Official Sabah FC

“Beberapa pemain termasuk Stuart Wilkin, Dominic Tan, Daniel Ting dan Darren Lok dipanggil ke skuad kebangsaan untuk perlawanan persahabatan menentang New Zealand di Stadium North Harbour, Auckland pada 14 Oktober ini”.
“Laporan portal ini dilihat berniat jahat serta menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pihak pengurusan Sabah FC serta peminat bola sepak di negeri ini”.
“Kami akan membuat laporan polis dalam tempoh terdekat untuk memastikan perkara ini tidak berulang di masa depan sekali gus memastikan tahap keselamatan pemain Sabah FC sentiasa terpelihara,” ujarnya dalam kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Rafie berkata setakat ini semua pemain serta pihak pengurusan Sabah FC berada dalam keadaan selamat sekali gus tiada kejadian seperti yang dilaporkan.

“Orang ramai khususnya peminat sukan bola sepak di Sabah diingatkan agar tidak mudah percaya terhadap laporan yang sengaja menimbulkan kekeliruan pada masa kini.
“Sabah FC masih meneruskan perancangannya menjalankan sesi latihan dibawah kendalian Ketua Jurulatihnya, Datuk Ong Kim Swee,” jelas Rafie.

Sumber: Sabah FC Portal Rafie Robert

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd