Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Senarai Hitam Peserta Sukan Menipu Dalam Pertandingan – Exco Johor

Pihak penganjur acara sukan digesa untuk menyenarai hitamkan nama peserta yang menipu dalam mana-mana pertandingan sekali gus dapat mengelakkan kredibiliti komuniti sukan tercemar.

Menerusi perkongsian di Facebook, Exco Belia dan Sukan Johor, Hairi Md Shah menyatakan bahawa beliau telah melakukan semakan terhadap isu tular berhubung beberapa pihak yang mempersoalkan bagaimana Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menduduki podium dalam acara 113 Triathlon Desaru 2024 pada 7 Julai lalu.

Foto: FB Hairi Md Shah

Hairi berkata, pihak penganjur menyatakan bahawa Syed Saddiq tidak membuat pusingan U mengikut laluan ditetapkan dan penyertaan itu diisytihar sebagai DNF (Did Not Finish).

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ahli Parlimen Muar itu juga dilihat sudah membuat dua video penjelasan, pertama mempertahankan dan kononnya menunjukkan bukti-bukti bergambar serta data dari pasukan teknikal penganjur, kemudian beliau membuat satu lagi video pusingan U mendakwa wujud kesilapan,” katanya pada Rabu.

Sementara itu, beliau berkata, selain memandang serius berhubung isu terbabit, beliau juga akan menggesa penganjur khususnya acara besar dan bertaraf antarabangsa untuk menyenarai hitam peserta-peserta yang terbukti melakukan penipuan dalam pertandingan.

“Ini bagi memastikan kredibiliti penganjuran acara berkenaan tidak terjejas oleh insiden-insiden seperti ini, dan pada masa sama Kerajaan Negeri Johor yang menyokong acara seperti ini juga boleh terpalit sama dengan dakwaan atau isu integriti pengadilan dalam penganjuran sukan.
“Saya tidak mempunyai masalah berkenaan penyertaan dan kebolehan mana-mana pihak untuk menyertai sebarang acara sukan khususnya yang dianjurkan di Johor.
“Namun sekali lagi saya ingin tegaskan, isu integriti dan penipuan adalah satu perkara yang serius dan tidak akan diberikan kompromi,” ujarnya.

Dalam pada itu, Hairi berharap agar perkara terbabit dapat dielakkan terutamanya dalam kalangan para penggiat serta penggerak komuniti sebarang sukan supaya ia mampu menyemarakkan lagi keharmonian dan semangat kesukanan dalam kalangan masyarakat.

Sumber: Facebook Hairi Md Shah

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh Nadhirah Suhaimi

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet olahraga negara, Eddy Bernard meraih pingat gangsa pertama untuk Malaysia di temasya Sukan Paralimpik Paris dalam acara 100m T44 (kecacatan fizikal) di Stade...

Sukan

Penampilan pertama Muhammad Fareez di Sukan Paralimpik Paris 2024 memberi aksi kurang memberangsangkan kerana terlampau memikirkan untuk merebut kemenangan dalam perlawanan penentuan pingat gangsa...

Lokal

Dua lelaki meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung di Jalan Pendek, Kampung Kota, Kota Bharu petang semalam. Menerusi laporan Kosmo!, kejadian berlaku...

Lokal

Pihak pengurusan Johnny’s Restaurant dan Black Canyon tampil memberi penjelasan berhubung isu bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Foto: Laman web Johnny’s Menerusi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd