Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

34 Orang Dilapor Maut Akibat Minum Arak Beracun

Sekurang-kurangnya seramai 34 orang dilaporkan maut dan berpuluh-puluh orang terpaksa dimasukkan ke hospital selepas meminum arak beracun yang dibancuh secara haram di Tamil Nadu di selatan India pada Khamis.

Menurut satu laporan The Associated Press, Ketua Menteri M K Stalin berkata di platform media sosial X bahawa kesemua mangsa yang terbabit dipercayai keracunan akibat meminum arak buatan tempatan yang dicampur dengan metanol beracun.

Foto: NBC News

“Mereka yang terlibat dalam jenayah tersebut telah ditangkap, dan tindakan juga telah diambil terhadap pegawai yang gagal menghalangnya.
“Jenayah sebegini yang merosakkan masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Tertinggi Daerah Kallakurichi M S Prasanth pula berkata, lebih daripada 100 orang kini sedang dirawat di pelbagai hospital, manakala jumlah pesakit yang berada dalam keadaan kritikal terus berubah sekali gus menandakan bahawa jumlah kematian mungkin akan meningkat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: africadailynews.net

“Ambulans, doktor dan pakar dari kawasan berhampiran dikerahkan ke daerah itu,” katanya.

Untuk makluman, lebih 30 orang dilaporkan maut di Bihar di timur India selepas didakwa meminum minuman keras tercemar yang dijual tanpa kebenaran dan di Gurajat pula mencatatkan sekurang-kurangnya 28 maut akibat meminum minuman keras yang telah diubah pada tahun 2022.

Kematian akibat alkohol yang dibancuh secara haram merupakan perkara biasa di India, dimana golongan miskin tidak mampu membeli arak dengan jenama berlesen dari kedai yang dikendalikan oleh kerajaan.

Sumber: The Associated Press

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd