Desas-desus khabar angin mengenai kehamilan Syahrini akhirnya terjawab apabila penyanyi terkenal Indonesia itu memaklumkan dirinya kini hamil tujuh bulan.
Syahrini atau Rini Fatimah Zaelani berkongsi fotonya bersama suami, Reino Barack yang dilihat sedang memegang dan mencium perutnya sekali jus menjelaskan hasrat mereka untuk memiliki cahaya mata akhirnya tercapai.
Foto: IG @princesssyahrini
“Bismillahirrahmannirrahim, kami mengimpikan untuk mempunyai cahaya mata dan ia sudah menjadi kenyataan,” katanya menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya baru-baru ini.
Penyanyi lagu Restu itu turut dilihat meletakkan tanda pagar 7 months pregnant (tujuh bulan usia kehamilan) secara rasminya memberitahu usia kandungannya kini memasuki trimester ketiga.
Foto: IG @princesssyahrini
Terdahulu, timbul khabar angin Syahrini dikatakan sedang hamil anak pertama selepas foto terbaharunya tular di media sosial. Peminat mula membuat spekulasi sama ada penyanyi itu kini berbadan dua selepas gambarnya sedang berjalan bersama suami berjaya dirakam netizen.
Netizen membuat andaian Syahrini kini hamil apabila bentuk tubuhnya kelihatan lebih berisi meskipun dalam persalinan jubah yang longgar.
Foto: IG @princesssyahrini
Untuk rekod, Syahrini mendirikan rumah tangga dengan Reino pada 27 Februari 2019 di Masjid Tokyo Camii, Tokyo, Jepun. Selepas berumah tangga, Syahrini mengambil keputusan berehat dari dunia hiburan.
Sumber: Instagram @princesssyahrini