Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Padah Tebang Pokok Berusia Lebih 200 Tahun, Lelaki Britain Didakwa

Seorang lelaki di Britain, Newcastle menafikan tuduhan telah melakukan kerosakan jenayah bernilai 622,191 pound (RM3.7 juta) selepas menebang salah satu pokok kesayangan di negara itu.

Memetik laporan Sinar Harian, tertuduh iaitu Daniel Graham, mengaku tidak bersalah atas kesalah memusnahkan pokok sycamore yang sudah berdiri teguh selama lebih 200 tahun di Taman Negara Northumberland.

“Terdapat kesan cat putih pada tunggul yang jelas menunjukkan ia telah ditebang,” menurut laporan Agence France-Presse (AFP).

Dalam pada itu, Graham turut menafikan dia melakukan kerosakan bernilai 1,144 pound (RM6,792) pada Tembok Hadrian yang menjadi kubu purba Rom sepanjang 118 kilometer dari barat laut ke timur laut England pada tahun 122 sebelum Masihi.

Foto: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tertuduh membuat penafian itu ketika perbicaraan di sebuah mahkamah di Newcastle dan telah dibebaskan dengan ikat jamin tanpa syarat sehingga prosiding seterusnya pada 12 Jun depan.

“Usaha sedang dilakukan untuk menanam semula pokok tersebut,” ujar AFP lagi.

Difahamkan, pokok itu menjadi simbol timur laut England dan pernah memenangi Tree of the Year diberikan Woodland Trust pada 2016 selain menjadi lokasi tumpuan jutaan pengunjung pada setiap tahun.

Terdahulu, pokok yang pernah dipaparkan dalam filem Robin Hood: Prince of Thieves (1991) itu ditemui tumbang pada September lalu hingga mencetuskan kemarahan orang ramai.

Sumber: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Firdaus Rostam

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd