Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Resit Piza Tertulis Ayat Hina Islam, Polis Terima Lima Laporan Setakat ini

Pihak polis telah menerima lima laporan setakat ini susulan tular resit dari sebuah premis menjual piza tertulis ayat yang didakwa menghina Islam.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal menjelaskan bahawa masih tiada sebarang tangkapan yang dilakukan oleh pihaknya rentetan isu terbabit.

Foto: Harian Metro

“Kita telah terima lima laporan. Setakat ini, belum ada tangkapan.
“Kita telah menerima laporan berkenaan kes gambar tular yang memaparkan resit tertera ayat menghina agama Islam yang berlaku di Kenari Avenue, Bayan Lepas,” katanya hari ini.

Kamarul berkata, siasatan mendapati aplikasi ‘Dominos’ telah menerima satu mesej yang membabitkan perkataan menghina di bahagian ‘remark’ sekitar jam 3.05 petang Rabu.

Difahamkan, pihaknya akan menyiasat kes tersebut berdasarkan Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Foto: Media Sosial

Terdahulu, isu tular di media sosial apabila salah seorang pelanggan telah menyentuh sentimen agama  dengan menulis di dalam resit tersebut dalam bahasa inggeris iaitu ‘at this noisy place with stupid moaning sound like have sex everyday, stupid islam’.

Susulan itu, premis tersebut menerima kecaman daripada orang ramai kerana mereka menyangka ia merupakan perbuatan kedai piza terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Syajaratulhuda Mohamad Rosli)

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh Nadhirah Suhaimi

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) nafi dakwaan syarikat itu telah eksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja. Menerusi satu kenyataan di Facebook, GISBH menegaskan pihaknya...

Lokal

Dua lelaki penarik kereta ditemui meninggal dunia dalam sebuah kenderaan dekat Jalan Persiaran 9, Taman Ampang pada Selasa. Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis...

Sukan

Bekas pelumba negara yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias disahkan maut dengan 12 kesan tetakan. Memetik laporan...

Nasional

Bermula 1 Oktober ini, tiada lagi diskaun bagi barangan atau produk makanan dan minuman yang bergula dalam Program Jualan Rahmah MADANI. Timbalan Menteri Perdagangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd