Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Impak Kejatuhan Jualan Dan Saingan Pengeluar, Tesla Rancang Buang 601 Pekerja Di California

Syarikat automotif dan tenaga bersih multinasional Amerika yang beribu pejabat di Austin, Tesla merancang untuk memberhentikan 601 pekerja tambahan di California, San Francisco.

Memetik laporan Reuters, Tesla memberitahu menerusi kenyataan mereka kepada pihak kerajaan negeri bahawa siri pemberhentian kerja di seluruh dunia telah bermula sebulan lalu ekoran kejatuhan jualan dan persaingan harga yang semakin sengit antara pengeluar.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk berkata bahawa syarikat itu akan memberhentikan lebih 10 peratus tenaga kerja globalnya yang berjumlah lebih 140,000 pada akhir 2023.

Pembuat kereta elektrik itu bagaimanapun, telah melakukan beberapa pusingan pemberhentian kerja sejak itu bagi mengurangkan 20 peratus daripada bilangan pekerjanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, pelan pemberhentian secara paksa ini secara tidak langsung akan menjejaskan pekerja khususnya Tesla di Palo Alto dan Fremont, California, serta berkemungkinan akan bermula dalam tempoh 14 hari, pada 20 Jun 2024.

Foto: Business Today

Elon turut menyatakan pada bulan lalu, mereka akan memberhentikan 6,020 pekerja di California dan Texas, sebagai sebahagian daripada pemotongan bilangan pekerja.

Untuk makluman, pengurangan pekerjaan global turut termasuk 285 pekerja di Buffalo, New York yang menempatkan pasukan pelabelan untuk perisian bantuan pemandu Autopilot dan pekerja yang membuat peralatan pengecasan pantas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun begitu, Musk dilaporkan telah membubarkan pasukan Supercharger Tesla pada 30 April yang lalu.

Sumber: Reuters

Avatar
Ditulis oleh Firdaus Rostam

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi komen ringkas mengenai siasatan kes Op Global yang membabitkan Global...

Bisnes

Tupperware Brands sedang bersiap untuk fail bankrap seawal minggu ini susulan saham syarikat itu jatuh sebanyak 15.8 peratus kepada 43 sen selepas waktu dagangan....

Lokal

Peguam kepada Abang Bas, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar menjelaskan bahawa lelaki tersebut tidak memahami perkataan ‘crush’ yang bermaksud mempunyai perasaan terhadap seseorang. Menerusi tangkap...

Politik

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi enggan mengulas lanjut mengenai tindakan PAS yang didakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu sebagai pentas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd