Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Will Smith Sahkan Pembikinan I Am Legend 2, Berganding Bersama Micheal B. Jordan

Pelakon Will Smith bakal membintangi I Am Legend 2 bersama rakan aktor Micheal B. Jordan yang mana filem ini merupakan sekuel kepada I Am Legend yang telah ditayangkan pada 2007

Memetik laporan digitaltrends, buat masa sekarang watak yang bakal dipegang oleh Jordan masih belum diketahui namun dia akan berlakon sebagai watak utama kedua.

Sebelum ini, pada filem I Am Legend yang pertama, filem tersebut diakhiri dengan kematian watak utama yang dipegang Smith yang bernama Neville.

Namun begitu, walaupun Neville meninggal pada filem yang pertama ini, ia sebenarnya bukan pengakhiran yang dirancang oleh pihak produksi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada filem yang pertama, I Am Legend menayangkan bagaimana sebuah virus telah menjangkiti semua orang sehingga mereka tidak lagi boleh terdedah kepada matahari.

Neville, satu-satunya manusia yang imun terhadap jangkitan itu menghabiskan masanya mencari penawar kepada virus tersebut.

Dia berjaya menangkap seorang wanita dijangkiti virus yang digelar sebagai Darkseeker dan mula memberikan penawar yang dicipta oleh Neville.

Pada masa yang sama, dia juga meninggalkan mesej menerusi radio untuk berhubung dengan mana-mana manusia yang terselamat sehingga bertemu dengan wanita bernama Anna bersama budak lelaki, Ethan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tidak lama selepas itu, rumah Neville kemudian diserang oleh Darkseeker yang lain sehingga menyebabkan kerosakan teruk.

Artikel lain: Cillian Murphy Dilapor Bakal Kembali Untuk Filem Peaky Blinders

Disebabkan itu, Neville terpaksa berkorban bagi menyelamatkan Anna dan Ethan namun sempat memberikan penawar bagi Darkseeker kepada mereka.

Pengakhiran I Am Legend yang pertama menunjukkan watak Neville meninggal dunia namun ia bukannya pengakhiran yang dirancang oleh pihak produksi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Versi DVD dan Blu-ray filem ini mengandungi pengakhiran alteranatif yang mana Neville menyedari Darkseeker yang lain hanya mahukan Darkseeker yang ditangkap oleh Neville.

Disebabkan rasa empati, Neville melepaskan Darkseeker wanita itu dan meminta maaf sebelum Darkseeker yang lain meninggalkan rumah tanpa menyerangnya.

Bagi pengakhiran ini, Neville meninggalkan makmal tempat dia menyediakan penawar tersebut bersama Anna dan Ethan dan ini menerangkan bagaimana Neville terus hidup.

Ada juga kemungkinan I Am Legend 2 mempunyai kesinambungan dengan filem pertama yang mana memaparkan pengakhiran ini disunting semula ke dalam filem sekuel.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Buat masa sekarang, hanya penulis asal skrip iaitu Akiva Goldsman yang disahkan akan kembali bagi sekuel ini namun pengarah filem yang pertama, Francis Lawrence masih belum diketahui.

Dalam pada itu, penerbit filem ini iaitu Warner Bros. masih belum menetapkan tarikh untuk I Am Legend 2 kerana mereka masih dalam proses mencari pengarah.

Selepas menemui pengarah, walaupun skrip mungkin telah disiapkan, pihak produksi juga perlu mencari pelakon dan melakukan persediaan bagi pra produksi.

Sumber: digitaltrends

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Semangat kelab pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menunjukkan sikap profesional dan komited untuk meneruskan perlawanan meraih pujian Menteri Besar (MB) Johor. Menerusi perkongsian...

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Nasional

Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 (MY AI NEXUS) dianjurkan bagi mengumpulkan pakar-pakar tersohor dalam bidang kecerdasan buatan (artificial intelligence atau AI), universiti, industri, agensi-agensi...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd