Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lawatan Ke Empat Negara, Anwar Nafi Guna Dana Syarikat Swasta

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan perjalanannya ke luar negara baru-baru ini dibiayai syarikat swasta.

Menyingkap kenyataan yang dikeluarkan, beliau menyatakan bahawa lawatannya ke empat negara itu menggunakan wang kerajaan yang bernilai RM1.6 juta.

Foto: Facebook Anwar Ibrahim

“Saya tidak guna dana syarikat swasta. Kerajaan guna penerbangan MAS untuk lawatan empat negara dengan kos RM1.6 juta. Ini guna wang kerajaan sepenuhnya.
“Baki tempat duduk ditawarkan kepada syarikat swasta yang sememangnya akan pergi ke negara-negara tersebut untuk tujuan pelaburan atau usaha sama. Syarikat ini bayar kos masing-masing berjumlah RM4.5 juta.
“Jika guna jet eksekutif kerajaan, kos perlu ditanggung Kerajaan adalah RM2.5 juta untuk empat negara. Namun dengan perkongsian ini, kos untuk kerajaan hanya RM1.6 juta,” tulisnya menerusi satu hantaran di Facebook pada Isnin.

May be an image of 3 people, slow loris and text that says 'Sinar sinarharian NASIONAL Sinar [VIDEO] Kerajaan hanya tanggung RM1.66 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM SIDANG DIA Sinar SYARIKAT SWASTA MUNGKIN MOHON BALASAN -C4 CENTER sinarharian.com.my 273 30 25NOVEMBER2024 2024 sinarharian Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan dana syarikat swasta yang mengikuti urusannya ke luar negara akan menyebabkan kerajaan menerima tekanan daripada syarikat terbabit yang akan memohon balasan. Ketua Pegawai Eksekutif C4 Center, Pushpan Murugiah berkata, walaupun pertimbangan kewangan mungkin menjadi faktor utama keputusan itu, namun kerajaan juga seharusnya mengambil kira kemungkinan terjadinya perselisihan antara kepentingan kerajaan dan swasta.'

Foto: Instagram Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam hantaran sama, Anwar turut mengingatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan sebarang fitnah dan kenyataan yang tidak berasas.

“Saya ulang, kerajaan tidak guna dana syarikat swasta. Tiada perselisihan kepentingan. Usah terperangkap dalam fitnah zaman edan,” katanya lagi.

Segera gubal RUU dana politik, bendung gejala politik wang, kata C4 | Hot FM

Foto: Freemalaysiatoday

Menteri Kewangan itu berkata demikian sebagai respons kepada laporan Sinar Harian berhubung kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif C4 Center, Pushpan Murugiah berhubung lawatannya ke luar negara.

Pushpan dipetik berkata, tindakan Anwar menggunakan dana syarikat swasta yang mengikutinya ke luar negara akan menyebabkan kerajaan menerima tekanan syarikat terbabit dalam bentuk balasan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dilapor berkata kerajaan jimat hampir RM1 juta membabitkan kos penerbangan bagi lawatan Anwar baru-baru ini.

Jelas Fahmi, kerajaan menanggung RM1.662 juta menerusi sewaan pesawat khas Airbus A350 Malaysia Airlines berbanding kos penggunaan pesawat rasmi kerajaan sebanyak RM2.5 juta.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Satu pementasan teater di sebuah universiti terkemuka mencetuskan perdebatan apabila didakwa menampilkan babak yang disifatkan melampau termasuk adegan di atas katil serta aksi sentuhan...

Sosial

Seorang wanita berkongsi detik menyentuh hati yang dialaminya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja pagi Selasa, apabila seorang pemandu lori berkongsi rezeki tanpa mengira...

Sosial

Syarikat pengeluar produk tenusu segar, FGV Dairy Farm Sdn Bhd didakwa telah menghentikan operasi sepenuhnya sejak lebih dua tahun lalu. Dakwaan itu dibuat oleh...

Bisnes

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan bekalan bahan api di seluruh rangkaian stesennya di seluruh negara adalah terjamin sehingga akhir Jun 2026. Jaminan itu merupakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd