Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tuan Ibrahim Gesa Kerajaan Mansuh Tol Gombak & Karak, Elak LPT Sesak

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa dan mencadangkan kerajaan mansuh dua tol masing-masing di Gombak dan Karak.

Memetik laporan Harian Metro, tindakan tersebut adalah bagi mengurangkan kesesakan di lebuh raya tersebut.

Menurutnya, pengguna yang mahu menggunakan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) terpaksa berhenti di empat tol iaitu Gombak, Bentong, Karak dan laluan keluar.

“LPT ada empat plaza tol terpaksa pengguna berhenti, sedangkan untuk ringankan beban pengguna sepatutnya guna dua (sahaja) kaedah masuk dan keluar.
“Sebagai contoh, di lebuh raya pantai timur, kita ada empat tol yang pengguna terpaksa berhenti. Tol Gombak, Tol Bentong, Tol Karak dan laluan keluar.
“Sedangkan untuk meringankan beban pengguna, sepatutnya kerajaan menggunakan dua kaedah. Sewaktu masuk dan waktu keluar sahaja,”katanya.

mansuh tol

Artikel lain: Contohi Indonesia, Beri Bantuan Perayaan Sebulan Gaji Kepada Pekerja – SPCAAM

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim yang juga Timbalan Presiden Pas mendakwa, kesesakan lebuh raya kini adalah antara kegagalan pihak kementerian dan operator.

“Saya melihat ini antara kegagalan pihak kementerian dan operator yang mengendalikan lebuh raya. Kesesakan lebuh raya sangat melampau dan berlaku di seluruh negara terutama di kawasan plaza tol,” katanya.

Beliau juga menggesa kerajaan untuk memastikan tidak ada kerja pembaikan atau penampalan jalan ketika waktu kemuncak.

“Semalam saya balik dari Kota Bharu. Pekerja konsesi membaiki lebuh raya di atas jambatan di kawasan lebuh raya di Kemaman. Waktu kemuncak, kereta sangat banyak. Dia boleh baiki tampalan atas jambatan.
“Sepatutnya perkara ini tidak berlaku dan kita minta pihak kerajaan memastikan tidak ada pembaikan jalan pada waktu puncak pengguna yang menyebabkan kesesakan sangat melampau,” katanya.

mansuh tol

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim malah bersetuju dengan pandangan supaya semua tol di negara ini dimansuhkan seperti yang pernah dijanjikan pihak yang menerajui kerajaan sedia ada.

Kata beliau, Tol Gombak antara tol yang paling awal di Malaysia dan sepatutnya dimansuhkan terlebih dahulu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Politik

BERSATU membuat keputusan untuk memecat Ahli Parlimen Tanjong Karang, Zulkafperi Hanapi dan Ahli Dewan Negeri (Adun) Selat Kelang, Abdul Rashid Asari berkuat kuasa serta...

Spotlight

Pelakon terkenal Hong Kong, Stephen Chow mewasiatkan sejumlah wang dan harta kepada dua aktres wanita memandangkan dia tidak mempunyai pewaris harta bagi kekayaannya. Vnexpress...

Sukan

Semangat kelab pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menunjukkan sikap profesional dan komited untuk meneruskan perlawanan meraih pujian Menteri Besar (MB) Johor. Menerusi perkongsian...

Lokal

Polis sedang mengenal pasti pemilik akaun media sosial menggunakan nama ‘Muhammad Imran Suresh’ yang mendakwa memiliki maklumat berhubung kes pemain bola sepak, Faisal Halim...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd