Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Muhyiddin Dapat Pasport, Boleh Ke Bangkok Jumpa Rakan Bisnes

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dibenarkan untuk mendapatkan pasport bagi melawat rakan perniagaan dan menghadiri perasmian restoran halal di Bangkok, Thailand.

Memetik laporan BH Online, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan permohonan Muhyiddin mendapatkan pasport sementara selepas Hakim Azura Alwi berpuas hati.

Pengembalian pasport sementara Pengerusi Perikatan Nasonal (PN) yang juga Presiden BERSATU itu berkuat kuasa bermula hari ini sehingga 23 Februari ini.

Pasport Muhyiddin

Artikel lain: Nak Pergi Bercuti Di London? Muhyiddin Yassin Gagal Dapat Semula Pasport Kekal

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hakim Azura Alwi berkata, walaupun beliau bersetuju tujuan Muhyiddin mendapatkan pasport ke Thailand bukan keperluan mendesak, namun mahkamah mempunyai budi bicara yang halus.

Ia juga boleh digunakan selepas mengambil kira dan menimbangkan segala keadaan dalam sesuatu kes.

“Bagi kes Muhyiddin, mahkamah mendapati walaupun dikenakan sekatan, jaminan dan syarat jaminan, adalah tidak wajar pemohon dihalang menjalani kehidupan dan menggalas tanggungjawab seperti biasa selagi tidak disabitkan bersalah bagi pertuduhan dikenakan,”petik laporan.

Jelasnya lagi, mahkama bersetuju bahawa tujuan jaminan diberikan adalah untuk menjamin kedatangan ke mahkamah untuk menjawab tuduhan dan pasport diserahkan bagi tujuan sekatan pergerakan ke atas pemohon sehingga kes dilupuskan.

Mahkamah juga mendapati tiada bukti bahawa pemohon mempunyai risiko untuk melarikan diri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kelmarin, pihak pendakwaan dilapor membantah permohonan Muhyiddin bagi mendapatkan pasport sementara untuk ke Thailand pada 15 Februari ini.

Mengikut afidavit balasan terhadap permohonan itu, Timbalan Pendakwa Raya, Zander Lim Wai Keong, berkata Muhyiddin akan bertolak ke Bangkok pada jam 4.20 petang berdasarkan tiket penerbangan.

Lim berkata, tujuan Muhyiddin ke negara jiran berkenaan atas alasan bagi mengukuh dan mengeratkan hubungan silaturahim dengan kenalan serta menghadiri acara pembukaan sebuah restoran masakan Thai kenalan rapat yang juga warga Malaysia diberi nama Phrigkiao.

Pada prosiding itu, pasukan pendakwaan membantah permohonan tersebut atas alasan tiada sebab munasabah yang mewajarkan mahkamah membenarkan pelepasan pasport berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Timbalan Pendakwa Raya Noralis Mat berhujah, alasan yang dikemukakan adalah remeh, tidak mendesak dan kabur dan jika dibenarkan akan menyusahkan pihak-pihak.

Berdasarkan afidavit sokongan permohonan itu yang difailkan pada 31 Januari lalu, Muhyiddin memohon pelepasan sementara pasport antarabangsa hingga 23 Februari ini bagi membolehkannya ke Bangkok.

Menurut Muhyiddin, lawatan ke Thailand juga perlu untuk menziarah ahli perniagaan warga tempatan di negara berkenaan bagi membincangkan hal perniagaan yang menguntungkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Selain itu, ia bertujuan melawat beberapa pemimpin, pemikir dan tokoh masyarakat Islam di Bangkok bagi kesinambungan hubungan di luar lingkungan kerajaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Politik

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) hanya memberikan gred D, iaitu 35.8 peratus sepanjang dua tahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan walaupun ramai menyifatkan kerajaan...

Lokal

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengiktiraf pencapaian cemerlang 70 pemain industri pembinaan di Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2024 yang berlangsung di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd