Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Tiada Diskriminasi, Kemasukan Pelajar Ke IPTA Berdasarkan Merit – Zambry

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan bahawa kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah berdasarkan merit, terutamanya bagi kursus-kursus yang mendapat permintaan tinggi.

Foto: malaysiakini

Menurut laporan malaysiakini, beliau menjelaskan bahawa kegagalan mendapat tempat di universiti awam tidak seharusnya dijadikan isu perkauman atau diskriminasi terhadap mana-mana golongan.

Zambry menekankan bahawa tiada diskriminasi dalam kemasukan pelajar ke IPTA dan pelajar yang memperoleh semua A dalam mata pelajaran mereka akan diberi tempat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kita tidak ada diskriminasi dari segi kemasukan pelajar-pelajar (ke IPTA). Itu asasnya, sekiranya pelajar yang berkenaan memperoleh semua A dalam (mata) pelajarannya, mereka akan diberikan tempat.
“Perkara yang sering dibahaskan ialah mereka memerlukan pilihan pertama, biasanya melibatkan kursus kritikal, iaitu perubatan, farmasi dan pergigian,” katanya.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) pada sidang media selepas merasmikan penutupan Konvensyen BN Negeri Perak di Ipoh pada Ahad.

Isu yang sering dibahaskan adalah berkaitan pilihan pertama pelajar yang melibatkan kursus kritikal seperti perubatan, farmasi dan pergigian.

Menurut beliau, ketiga-tiga kursus tersebut mendapat permintaan tinggi daripada ramai pelajar, namun penempatan bagi bidang berkenaan adalah terhad.

“Ada yang minta supaya mereka diberikan kuota, bilangan tersendiri. Bagi kita, kemasukan dalam bidang-bidang (kritikal) seperti ini adalah berdasarkan kepada merit mereka. Tiada alasan bahawa ia diberi kepada kaum (tertentu) dan sebagainya,” ujarnya.

Kenyataan ini dibuat sebagai respons terhadap isu yang dibangkitkan oleh Pengerusi MIC Perak Tan Sri M. Ramasamy mengenai kurangnya pelajar India yang cemerlang memasuki IPTA dan keperluan meningkatkan kuota matrikulasi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Zambry turut berkata bahawa isu ini bukan hanya melibatkan masyarakat India sahaja tetapi turut berlaku kepada kaum-kaum lain.

Sumber: malaysiakini

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd