Menteri Pendidikan Malaysia, YB Fadlina Sidek berkongsi momen anaknya yang selesai menghafaz 30 juz al-Quran dan kini bergelar seorang hafizah dalam salah satu hantaran di media sosial.
Luah rasa syukur kejayaan anak
Menerusi posting tersebut, Fadlina mengungkapkan rasa syukur diatas kejayaan anak perempuannya, Maryam Fadhilah yang selesai mengikuti majlis khatam 30 juz al-Quran.
“Selesai sudah Majlis Khatam 30 juzu’ anaknda Maryam Fadhilah. Allahuma bariklaha!
“Allahuma faqihha fid deen, wa ‘allimha fit tafseer. Berat amanah sebagai Hamalatul Quran ini, dan oemma doakan urusan Maryam sentiasa dipandu pedoman Al Quran,” tulisnya.
https://www.facebook.com/fadhlina.datosidek/posts/pfbid02Woy976ME6aE36cWcTNmknCSRKKBBspMjWqATKNt811Gso3Hh9vBdqn5RWZ6BYHH5l
Anak Fadhlina Sidek kini bergelar hafizah
Dapat dilihat yang Fadhlina serta suami turut serta dalam majlis tersebut dan memeluk erat anaknya yang kini bergelar hafizah.
Sementara itu, Fadhlina berkata selepas selesai urusan Maryam, beliau akan menguruskan perihal anaknya yang mengambil aliran lain pula.
“Selesai anak hafizah, sekarang masa untuk beri tumpuan kepada anakanda aliran DLP pula! Ramai anak, begitulah semua anak ada dalam aliran kebangsaan KPM. Semua jadi internal audit oemma,” ujarnya.
Artikel lain: UPSR Tidak Akan Dikembalikan, Tumpu Kepada Kurikulum 2027- Fadhlina Sidek
Fadhlina Sidek harap anak anak kita diangkat darjat karamah insaniyyah
Di akhir posting tersebut, Ahli Parlimen Nibong Tebal itu sempat mendoakan semoga anak-anak muslim di negara ini terus diberikan ruang untuk menitip sisi potensi holistik kemanusiaan dan mengangkat darjat karamah insaniyyah.
“Semoga anak-anak kita terus diberikan ruang untuk menitip sisi potensi holistik kemanusiaan dan mengangkat darjat karamah insaniyyah,” tulisnya.