Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Keluarga Nafi Nenek Halau 4 Beradik, Bapa Yang Bawa Keluar Mahu Hantar Ke JKM

Sejak pagi tadi, tular di media sosial mengenai empat beradik di bawah umur yang didakwa dihalau oleh nenek mereka dan ditinggalkan di hadapan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Perak Tengah, Perak.

4 beradik ditemui di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Perak Tengah

Difahamkan, mereka terdiri daripada tiga lelaki iaitu berusia 11 tahun, 3 tahun dan 10 bulan manakala seorang perempuan berumur 6 tahun.

https://www.facebook.com/polisperaktengah/posts/pfbid02ZYQi4TvmpgqjWgwzJUgzyrwyRFLNbm2XiMzpNiqoCYTBjJ9tX2RPbgcouGG6Knthl

Keluarga nafi nenek halau empat beradik

Susulan daripada itu, memetik laporan dari Sinar Harian, waris empat beradik itu telah tampil menjelaskan hal sebenar dan menafikan bahawa mereka telah dihalau dari rumah nenek.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut lelaki dikenali sebagai Ismail, 30, mereka sebenarnya telah dibawa pergi menaiki motosikal oleh bapa kandungnya dan dimaklumkan mahu menghantar keempat-empat anaknya ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memandangkan sudah tidak lagi tinggal bersama isteri.

“Mereka keluar rumah sekitar jam 10 pagi untuk ke Pejabat JKM di Kampung Gajah, kami tidak menghalang kerana sebelum ini perkara itu memang sudah dibincangkan.
“Cuma kami tak sangka, perkara sebaliknya pula berlaku hingga menyebabkan keadaan empat beradik itu seperti teraniaya,” katanya.

empat beradik

Empat beradik dibawa bapa keluar, kini ibu & bapa kedua-duanya lesap

Sebelum ini, empat beradik tersebut dijaga oleh seorang wanita dipercayai adik angkat ibu mereka di Changkat Lada, Seberang Perak sebelum diserahkan ke rumah nenek pada 4 November lalu tanpa sebarang dokumen supa bapa kandung mereka dapat menjaganya buat sementara.

Sewaktu di rumah warga emas berkenaan, mereka telah dijaga dengan baik termasuklah diberi makan yang cukup.

Kami tidak sekejam itu menghalau mereka, sepanjang tempoh tersebut, empat beradik berkenaan dijaga dengan baik oleh ahli keluarga termasuk nenek mereka dari segi makan minum serta pakaian.
“Bila kejadian ini berlaku dan tular, sedikit sebanyak membuatkan hati nenek mereka kesal, sejak semalam kami cuba dapatkan bapa dan ibu kanak-kanak itu untuk mengetahui keadaan sebenar, tetapi sampai sekarang mereka tidak dapat dikesan,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail juga memaklumkan status empat beradik berkenaan yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri telah dilaporkan kepada pihak JKM dan berharap agar mereka mendapat pembelaan serta penjagaan yang lebih baik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Norwati Adnan)

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi komen ringkas mengenai siasatan kes Op Global yang membabitkan Global...

Bisnes

Tupperware Brands sedang bersiap untuk fail bankrap seawal minggu ini susulan saham syarikat itu jatuh sebanyak 15.8 peratus kepada 43 sen selepas waktu dagangan....

Lokal

Peguam kepada Abang Bas, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar menjelaskan bahawa lelaki tersebut tidak memahami perkataan ‘crush’ yang bermaksud mempunyai perasaan terhadap seseorang. Menerusi tangkap...

Politik

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi enggan mengulas lanjut mengenai tindakan PAS yang didakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu sebagai pentas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd