Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki Cedera Hampir Disamun Ketika Joging Awal Pagi

Seorang lelaki cedera dan hampir disamun ketika joging awal pagi di sekitar kawasan perumahannya di Seksyen 27, Shah Alam, lebih kurang pukul 5.50 pagi semalam.

Lelaki cedera hampir disamun ketika joging awal pagi

Foto sekadar hiasan

Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata kejadian itu dilaporkan oleh kakak mangsa pada malam hari kejadian.

“Berdasarkan siasatan awal, suspek menaiki motosikal dengan bersenjatakan parang telah datang ke arah mangsa dan cuba merampas beg mangsa.
“Mangsa bagaimanapun telah menarik semula beg miliknya sehingga menyebabkan suspek bertindak mencederakan mangsa.
“Akibat pergelutan itu, mangsa mengalami kecederaan dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Shah Alam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa yang sama, kejadian ini juga tular selepas seorang pengguna di platform X @zaraazameen, memuat naik kejadian tersebut di akaunnya dan meminta orang ramai berhati-hati  sekiranya berjoging pada awal pagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Kes Hilang COD IPhone: Pihak Polis Minta Mangsa & Tunang Tampil Bantu Siasatan

“Aku rasa perempuan kalau nak jogging pagi, jogging dalam taman perumahan je la itu pun yang jenis guarded sebab orang luar tak boleh masuk.

“Pastu jogging la waktu cerah sikit time orang dah busy keluar kerja. Bahaya jogging kat jalan besar sorang sorang!” tulisnya.

Buat masa kini, suspek masih belum diberkas namun pihak polis sedang giat memburu dan kes disiasat di bawah seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Sumber: Astro Awani (Afiezy Azaman), X @ZaraaZameen

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet olahraga negara, Eddy Bernard meraih pingat gangsa pertama untuk Malaysia di temasya Sukan Paralimpik Paris dalam acara 100m T44 (kecacatan fizikal) di Stade...

Sukan

Penampilan pertama Muhammad Fareez di Sukan Paralimpik Paris 2024 memberi aksi kurang memberangsangkan kerana terlampau memikirkan untuk merebut kemenangan dalam perlawanan penentuan pingat gangsa...

Lokal

Dua lelaki meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung di Jalan Pendek, Kampung Kota, Kota Bharu petang semalam. Menerusi laporan Kosmo!, kejadian berlaku...

Spotlight

Selebriti popular Indonesia, Atta Halilintar bengang apabila terdapat khabar angin mengatakan dia sudah berkahwin dengan Youtuber terkenal, Ria Ricis yang juga merupakan bekas isteri...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd