Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Enggan Perbaharui Kontrak, Tiga Ahli BLACKPINK Keluar YG Entertainment

Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai salah satu ahli kumpulan terkenal Korea Selatan, Blckpink iaitu Lisa dilaporkan tidak memperbaharui kontraknya bersama YG Entertainment.

Bagaimanapun, segalanya terjawab apabila tiga ahlinya iaitu Lisa, Jisoo dan Jennie disahkan tidak memperbaharui kontrak mereka bersama YG Entertainment, menerusi laporan Detik Hot.

Pun begitu, Rose menjadi satu-satunya ahli yang akan terus bekerjasama dengan agensi tersebut namun, mereka akan terus bersama sebagai kumpulan Blckpink meskipun berada di bawah pengurusan yang berbeza.

YG Entertainment akan membuat kontrak kerja berasingan jika Jisoo, Lisa dan Jennie menjalankan aktiviti bersama sebagai Blackpink. Mereka hanya akan muncul sebagai ahli Blckpink dan menjalankan aktiviti berkumpulan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada persembahan teras jelajah dunia ‘Born Pink’ yang diadakan di Gocheok Sky Dome di Guro-gu, Seoul pada 17hb, Jennie menyatakan hasratnya untuk terus bekerja sebagai Blackpink.

“Kami akan terus menjadi Blackpink yang hebat,” ujar Jennie.

Blackpink, yang memulakan kerjaya pada 2016, dianggap kumpulan teratas yang memecahkan rekod pertama, terbaik dan paling banyak dalam kalangan kumpulan gadis K-pop.

Rekod termasuk menjadi nombor 1 dalam pelanggan saluran YouTube dan tontonan di kalangan artis di seluruh dunia, nombor 1 dalam pengikut Spotify dalam kalangan kumpulan gadis di seluruh dunia, menjadi kumpulan gadis Korea pertama yang menduduki nombor 1 di Billboard 200, carta album utama Billboard A.S. , dan menjadi tajuk utama di Coachella, festival muzik terbesar di dunia yang diadakan.

Jelajah ‘Born Pink’ menarik 1.8 juta penonton dimana telah mencatatkan rekod kedua terbesar dalam kalangan jelajah dunia K-pop selepas jelajah ‘Love Yourself’ BTS, yang menarik 2.05 juta penonton.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Detik Hot (Atmi Ahsani Yusron)

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi komen ringkas mengenai siasatan kes Op Global yang membabitkan Global...

Bisnes

Tupperware Brands sedang bersiap untuk fail bankrap seawal minggu ini susulan saham syarikat itu jatuh sebanyak 15.8 peratus kepada 43 sen selepas waktu dagangan....

Lokal

Peguam kepada Abang Bas, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar menjelaskan bahawa lelaki tersebut tidak memahami perkataan ‘crush’ yang bermaksud mempunyai perasaan terhadap seseorang. Menerusi tangkap...

Politik

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi enggan mengulas lanjut mengenai tindakan PAS yang didakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu sebagai pentas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd