Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

99 Speed Mart Sedia Kembang Perniagaan Ke Asia Tenggara Jika Ada Peluang

99 Speed Mart Retail Holdings Bhd tidak menolak kemungkinan kembang perniagaannya ke pasaran Asia Tenggara jika terdaapt peluang berbuat demikian.

Memetik laporan Berita Harian, Pengarah Ganti 99 Speed Mart, Albert Lee berkata buat masa sekarang masih tiada rancangan yang konkrit namun jika terdapat peluang, pihaknya akan meninjau peluan berkenaan.

“Jika terdapat peluang baik untuk bekerjasama, kami mungkin akan menimbangkannya,” katanya selepas penyenaraian 99 Speed Mart di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada Isnin.

99 Speed Mart sedia kembang perniagaan ke Asia Tenggara

99 Speed Mart Kembang Ke Asia Tenggara

Foto: Berita Harian

99 Speed Mart yang membuat penampilan sulung di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada Isnin selepas ia didagangkan pada Rm1.85 sesaham pada waktu pembukaan, mewakili premium sebanyak 12 peratus berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak RM1.65.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebanyak 53.8 juta saham bertukar tangan dan dagangan berkenaan.

IPO pengendali rangkaian pasar mini 99 Speedmart itu merangkumi penjualan sebanyak 1.028 bilion saham biasa sedia ada dan terbitan awam 400 juta saham baharu untuk memperoleh dana sebanyak RM660 juta.

Artikel lain: Alami Kerugian Sebab EV, Volkswagen Bakal Tutup Kilang Tertua?

IPO Speed Mart disokong oleh 14 pelabur utama termasuk syarikat pelaburan berkaitan kerajaan dan pengurus aset yang meliputi 55 peratus daripada saiz urus niaga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia menjana dana terbesar di Bursa Malaysia sejak Julai 2017, apabila Lotte Chemical Titan Holding Bhd meraih RM3.77 bilion menerusi penyenaraiannya di pasaran saham tempatan.

99 Speed Mart Kembang Ke Asia Tenggara

Foto: The Edge Malaysia

Dalam pada itu, Lee berkata, pihaknya mahu mengukuhkan platform jualan pukal dalam taliannya, 99BulkSales yang dilancarkan pada September tahun lalu.

Beliau berkata, Speed Mart melihat perkembangan yang baik dalam segmen itu sejak dilancarkan dan disebabkan itu syarikat turut melancarkannya di wilayah tengah dan kemudian ke selatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami mempercepatkan sedikit pengembangan ke wilayah selatan, maka dengan sebab itu kami melakukannya sebaik sahaja memasuki suku ketiga ini.
“Keutamaan kami sekarang adalah memastikan infrastruktur yang ada kukuh kerana ia berkongsi tulang belakang logistik yang serupa dengan kedai kami.
“Jadi, sebelum membuat keputusan mengenai pengembangan selanjutnya, kami perlu memastikan bahawa tulang belakang ini adalah kukuh terlebih dahulu,” ujarnya.

99BulkSales merekodkan 6,400 transaksi membabitkan jualan sebanyak RM7.5 juta dari September 2023 hingga 15 Julai lalu.

Sumber: Berita Harian (Hazwan Faisal Mohamad)

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Lokal

Seorang pempengaruh mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM80,000, tahun lalu....

Dunia

Ratusan pelajar dan mahasiswa Indonesia mengadakan perhimpunan besar-besaran di ibu negara Jakarta pada Jumaat, sebagai tanda bantahan keras terhadap dasar perbelanjaan kerajaan Presiden Prabowo...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Bob T20, mencuri perhatian ramai selepas berkongsi kisah peribadinya mengenai hubungan dan kehidupan lampau menerusi satu sesi podcast baru-baru ini. Menurut...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd