Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

80 Anggota Polis Dikerah Pantau Himpunan Melayu Berdaulat Di Kuala Lumpur

Seramai 80 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan bagi memantau kelancaran Himpunan Melayu Berdaulat yang dijadual berlangsung esok di ibu negara.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman memaklumkan bahawa pihaknya telah mengadakan perbincangan bersama penganjur dan memberi lampu hijau untuk himpunan tersebut diteruskan seperti yang dirancang.

Foto: Harian Metro

“Penganjur akan meneruskan perhimpunan berkenaan dan polis akan memudahkan perhimpunan terbabit dengan kawalan yang munasabah.
“Seramai 80 orang (anggota dan pegawai) akan ditugaskan untuk membuat pemantauan di sekitar lokasi perhimpunan berlangsung, “ katanya.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan bahawa pihak polis telah menerima makluman rasmi mengenai penganjuran perhimpunan berkenaan.

Menurut Sulizmie, pihaknya juga mengambil maklum bahawa perhimpunan itu dijadualkan berlangsung serentak dengan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang turut diadakan di ibu negara. Justeru, penilaian menyeluruh sedang dilakukan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam tidak terjejas.

“Perbincangan lanjut turut dijalankan bersama penganjur untuk menilai keperluan menukar lokasi perhimpunan sekiranya perlu,” ujarnya.

Foto: Carian Google

Himpunan Melayu Berdaulat ini dianjurkan oleh gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diketuai oleh Syed Hassan Syed Ali. Ia dijangka menarik lebih 15,000 peserta dari seluruh negara.

Antara tujuan utama perhimpunan adalah untuk menyuarakan isu-isu berkaitan kepentingan orang Melayu dan umat Islam, termasuk bantahan terhadap cadangan Rang Undang-Undang Pembangunan Semula Bandar serta isu berkaitan tanah rizab Melayu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perhimpunan dijangka bermula pada jam 2.30 petang dan akan berlangsung di perkarangan pusat beli-belah Sogo.

Sumber: Harian Metro (Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd