Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

6 Tahun Tak Lakukan Hubungan Intim, Drew Barrymore Sudah Hilang Nafsu

Pelakon Drew Barrymore mengakui dia sudah hilang nafsu seks selepas enam tahun tidak melakukan hubungan intim sejak bercerai dengan suami ketiganya, Will Kopelman pada 2016.

Ujarnya, dia sudah tidak mempunyai perasaan untuk melakukan hubungan intim tersebut dan lebih selesa menjalani kehidupan sehariannya selepas berpisah dengan bekas suami.

“Saya sudah berkahwin sebanyak tiga kali. Selepas perpisahan dengan suami terakhir pada 2016, nafsu saya untuk berasmara seolah-olah sudah tiada.
“Sudah enam tahun saya tidak me­lakukan hubungan seks dan selesa menjalani kehidupan sebegini,” katanya.

Jelasnya lagi, dia tidak mudah untuk membuka semula hatinya untuk berkahwin lagi dengan mana-mana lelaki dan berkemungkinan akan hidup secara ‘berseorangan’ buat selama-lamanya.

“Bukan mudah untuk saya membuka semula pintu hati menerima mana-mana lelaki dalam hidup. Mungkin untuk selama-lamanya,” katanya.

Sekadar info, Drew Barrymore berkahwin dengan Will Kopelman pada 2012 di California dan pasangan selebriti itu disahkan bercerai pada 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Olive, 9, dan Frankie, 8.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Sumber: Kosmo (Mohamad Shahemy Azmi)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM22.11 bilion menerusi Belanjawan 2027, sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 1.66 peratus berbanding tahun sebelumnya. Peruntukan berkenaan...

Nasional

Seramai 150 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) sempena Sambutan Hari ATM Ke-93 pada Selasa. Markas ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd