Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

6 Maut Van Dinaiki Terbabas Rempuh Penghadang Jalan Ketika Turun Genting Highland

Enam mangsa meninggal dunia selepas terbabit dalam sebuah kemalangan di Kilometer 4.8 Jalan Genting Highlands di sini hari ini akibat van yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh penghadang jalan ketika turun dari Genting Highlands.

Menurut laporan Kosmo, Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani memaklumkan kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 1.15 tengahari.

Difahamkan, van yang membawa 15 orang penumpang sedang dalam perjalanan turun dari genting sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan.

“Seramai enam orang yang terdiri daripada lima perempuan dewasa dan satu lelaki dewasa meninggal dunia manakala mangsa lain mengalami kecederaan.
“Semua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis dan mangsa yang cedera dihantar ke hospital,” katanya.

Sumber: Kosmo (Abdul Rashid Abdul Rahman)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM22.11 bilion menerusi Belanjawan 2027, sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 1.66 peratus berbanding tahun sebelumnya. Peruntukan berkenaan...

Nasional

Seramai 150 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) sempena Sambutan Hari ATM Ke-93 pada Selasa. Markas ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd