Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

53000 Individu Bawah 30 Tanggung Hutang Terkumpul RM1.9 Bilion – AKPK

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) melaporkan seramai 53000 individu berumur di bawah 30 tahun tanggung hutang terkumpul berjumlah hampir RM1.9 bilion.

Memetik laporan Berita Harian, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata AKPK juga mendapati 28 peratus rakyat Malaysia yang bekerja meminjam wang untuk membeli barangan keperluan.

Katanya, kebolehcapaian yang semakin meningkat bagi pinjaman peribadi, kad kredit dan terutamanya skim ‘Beli Sekarang, Bayar Kemudian’ amat membimbangkan, terutamanya dalam kalangan golongan muda.

53000 individu bawah 30 tahun tanggung hutang RM1.9 bilion

Foto: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelasnya, walaupun skim sedemikian menawarkan kemudahan, kekurangan pemahaman mengenai implikasinya dan kekurangan disiplin dalam menguruskan komitmen boleh membawa kepada hutang yang tidak terurus dengan cepat.

Justeru, beliau berkata, perangkaan yang dicatat itu menyerlahkan keperluan mendesak untuk meningkatkan celik kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Bagi kebanyakan orang, pengetahuan kewangan masih belum diterjemahkan ke dalam kesediaan kewangan yang tulen, mendedahkan jurang yang besar antara memahami konsep kewangan dan mencapai kesejahteraan kewangan sebenar terutamanya dalam kalangan komuniti yang lebih rentan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Bulan Celik Kewangan (FLM) 2024 dengan tema ‘Bijak Wang, Hidup Sejahtera’ di Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam pada itu, Amir Hamzah turut berkata, menurut Tinjauan Celik Kewangan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), hanya 36 peratus rakyat Malaysia menunjukkan pemahaman mengenai konsep kewangan asas, seperti kadar faedah, inflasi dan kepelbagaian risiko.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Malaysia Gazette

Menurutnya, angka tersebut berada di bawah purata global sebanyak 42 peratus sekaligus meletakkan Malaysia di tangga ke-26 daripada 39 negara yang dikaji dan ini  menunjukkan tahap celik kewangan yang rendah yang membimbangkan memandangkan hutang isi rumah yang tinggi di Malaysia.

“Sehingga 2023, hutang isi rumah telah mencecah RM1.53 trilion, bersamaan 84.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), salah satu nisbah tertinggi di rantau ini.
“Angka yang membimbangkan ini menunjukkan bahawa isi rumah semakin bergantung kepada kredit untuk membiayai gaya hidup dan pelaburan mereka.
“Jika tidak diurus dengan teliti, tahap hutang sedemikian boleh menyebabkan tekanan kewangan jangka panjang, mengukuhkan peranan penting yang dimainkan oleh celik kewangan dalam melindungi kesihatan kewangan,” jelasnya.

Artikel lain: KKM Kuatkuasa Akta 852 Serta-Merta Bermula 1 Oktober, Dilaksana Secara Berfasa

Tambahnya, celik kewangan adalah asas kepada pemerkasaan ekonomi dan kesejahteraan kewangan semua rakyat Malaysia, menjadikannya tonggak utama rangka kerja Ekonomi MADANI.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, pengiktirafan sebagai pemacu utama kestabilan kewangan peribadi dan pertumbuhan ekonimi negara dan celik kewangan memainkan peranan penting dalam memupuk ekonomi yang mampan dan inklusif.

Pada masa yang sama, beliaut turut berkata, melalui Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN), kerajaan telah mengutamakan celik kewangan sebagai elemen teras agenda dasarnya di bawah Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023.

“Mencapai celik kewangan memerlukan kerjasama seluruh negara yang diselaraskan antara kerajaan, institusi pendidikan, institusi kewangan dan masyarakat sivil.
“Hanya melalui tindakan kolektif kita boleh membuat kemajuan yang berkekalan dalam melengkapkan rakyat Malaysia dengan pengetahuan kewangan yang mereka perlukan,” ujarnya.

Sumber: Berita Harian (Mahanum Abdul Aziz)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular sebuah video memaparkan seorang bayi lelaki selamat dilahirkan di tepi jalan berhampiran Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, dipercayai pada Ahad dalam keadaan hujan...

Sosial

Penulis muda yang juga pelajar Ijazah Sarjana Muda Penulisan Kreatif di ASWARA, Naim AlKalantani menegur sikap segelintir warganet yang keterlaluan menekan Menteri Pendidikan, Fadhlina...

Sosial

Seorang pramugari Malaysia Airlines (MAS), Zuhaimi Hashim, 60, menjadi perhatian netizen selepas video detik persaraannya selepas 40 tahun berkhidmat tular di TikTok. Pramugari MAS...

Sosial

Seorang wanita meluahkan rasa sebak apabila anaknya, Aisyah Sofia Rohaizan kini berada dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri selepas ditolak oleh rakannya. Menerusi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd