Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

5 Dilapor Maut, 49 Hilang Selepas Bangunan Pembinaan Runtuh Di Afrika Selatan

Lima pekerja binaan maut dan 49 orang lagi dilaporkan masih hilang akibat daripada bangunan pembinaan yang runtuh di Afrika Selatan, kelmarin.

Memetik laporan portal Independent TV, pasukan penyelamat berusaha sepanjang malam bagi mencari mangsa terlibat yang tertimbus lebih 12 jam akibat runtuhan konkrit lima tingkat yang sedang dibina di sebuah bandar pantai, Afrika Selatan.

Foto: Independent TV

Pihak berkuasa menjelaskan bahawa terdapat peningkatan kematian kepada lima orang pada awal Selasa manakala seramai 49 pekerja masih gagal dikesan dalam runtuhan terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, 21 orang telah berjaya diselamatkan meskipun 11 orang daripada mereka dikatakan mengalami kecederaan parah dan perlu dibawa ke hospital.

Foto: Independent TV

Wakil pertubuhan bukan kerajaan Gift of the Givers, Marco Ferreira berkata, insiden yang berlaku di bandar George kira-kira 400 kilometer di belah timur bandar Cape Town itu memerlukan bantuan kren serta anjing penghidu untuk mengesan mangsa.

“Keadaan pada peringkat ini masih dalam peringkat menyelamat.
 “Kami tidak tahu, berapa lama tempoh proses pencarian ini. Terdapat beberapa kren di sana untuk membantu mengangkat beberapa konkrit,” katanya kepada media.

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa masih belum dapat mengenal pasti punca berlakunya runtuhan tersebut memandangkan tiada sebarang maklumat tentang mengapa insiden itu boleh berlaku secara tiba-tiba.

Foto: Independent TV

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari kawasan kejiranan memperlihatkan struktur konkrit dan logam disekelilingnya runtuh pada sekitar jam 2.09 petang.

Sumber: Independent TV 

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd