Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

4 Beradik Maut Dalam Kebakaran Minta Berbaju Hitam Raya Nanti

Tragedi kebakaran yang menyebabkan 4 beradik meninggal dunia malam semalam di Kampung Sabak Awor, Muar sememangnya menyedihkan kerana kejadian berlaku sewaktu berbuka puasa.

Mangsa, Puteri Aisyah Tenko To, 8, Mohd Hakim, 6, Mustakim, 4, dan Fatihah Aisyah, 3, ditemui tidak sedarkan diri di bilik air rumah dipercayai cuba menyelamatkan diri sewaktu rumah dihuni mereka terbakar.

Terkilan tak sempat belikan baju raya

Memetik laporan dari Harian Metro, ibu mangsa, Nabila Sedu, 31, yang tak henti mencium baju anaknya sambil menahan sebak mengakui terkilan kerana belum sempat membelikan baju raya berwarna hitam permintaan anak-anaknya.

“Ada (pesanan) dari anak… mereka hendak baju raya warna hitam…,” katanya sambil mencium baju anaknya.

Penjelasan lebih lanjut dari Nabila dan suaminya Thein Ko Htut, 30, tidak diperoleh memandangkan mereka begitu sedih dengan tragedi berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dapat dilihat yang ibu mangsa tidak henti-henti memegang dan mengelap air mata menggunakan pakaian tadika anaknya yang sudah tiada.

Mereka juga tergesa-gesa keluar dari perkarangan Unit Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah.

Untuk rekod, pihak polis mengatakan siasatan awal menunjukkan kemungkinan berlaku litar pintas dipercayai bermula dari dapur.

Sumber: Harian Metro (Ahmad Ismail)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Dunia

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Sukan

Malaysia dijangka kembali menjadi tuan rumah perlumbaan Formula Satu (F1) apabila Litar Antarabangsa Sepang (SIC) disebut-sebut bakal menganjurkan Grand Prix Bahrain pada Oktober ini...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd