Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

2NE1 Raikan Ulang Tahun Ke-15, Luah Terima Kasih Atas Sokongan Peminat

Kumpulan gadis Korea Selatan yang terkenal, 2NE1 dilaporkan menyambut ulang tahun ke-15 mereka melalui sesi photoshoot pertemuan semula mereka berempat.

Keempat-empat ahli itu dilihat berkongsi imej dari acara itu menerusi akaun Instagram masing-masing, semalam.

Ketua kumpulan 2NE1, CL menggunakan kesempatan tersebut untuk berkongsi perjalanan mereka dalam industri K-pop sekali gus manzahirkan rasa terima kasihnya kepada semua peminat atas sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by CL (@chaelincl)

“It’s been a while. Celebrating our 15th anniversary today May 17.
“Together, I stood in front of the camera with 2NE1 for the first time in a long time,” tulisnya di akaun Instagram.

Dalam pada itu, CL turut menyifatkan 2NE1 sebagai rumah yang membolehkannya meluahkan perasaan secara bebas dan berkomunikasi dengan orang ramai.

“Hope today 2NE1 reminds you to feel your light,” tambahnya lagi.
View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by CL (@chaelincl)

Sementara itu, ahli kumpulan lain, Dara, Minzy, dan Bom turut dilihat menyiarkan gambar mereka dari sesi photoshoot di media sosial dengan kapsyen mengucapkan selamat ulang tahun ke-15 kepada BLACKJACKs.

Sekadar makluman, kumpulan 2NE1 terkenal dengan lagu-lagu popular seperti Fire, I Don’t Care, Lonely, Ugly, dan Come Back Home, sejak memulakan kerjaya mereka pada tahun 2009.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Agensi mereka, YG Entertainment mengumumkan pemergian Minzy dari syarikat pada April 2016 sekali gus mengesahkan kumpulan itu akan bubar lewat tahun itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perjumpaan terakhir mereka sebelum sambutan ulang tahun adalah di pentas Coachella pada April 2022 di mana mereka mempersembahkan lagu hit mereka I Am The Best, tujuh tahun selepas pembubaran mereka.

Sumber: Instagram @chaelincl

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd