Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

21 Tahun Tunggu Zuriat, Suami Isteri Akhirnya Timang Anak Pada 1 Ramadan – “Memang Tak Sangka”

Selepas menunggu selama 21 tahun, sepasang suami isteri akhirnya diserikan dengan kehadiran cahaya mata apabila mereka dikurniakan seorang bayi perempuan pada 19 Februari lalu, bersamaan 1 Ramadan.

Menurut laporan Harian Metro, Bagi Mohammad Khairul Ashrof Haron, 47, dan isterinya Marzuraidah Bahroom, 42, kelahiran bayi yang diberi nama Humairah itu ibarat satu keajaiban dan rezeki yang tidak diduga, hasil kesabaran mereka terhadap takdir.

Mohammad Khairul berkata, selepas kehilangan anak pertama ketika usia perkahwinan mereka baru setahun, mereka sudah tidak meletakkan harapan tinggi untuk menimang anak lagi, apatah lagi melakukan sebarang rawatan khas.

“Memang kami tidak sangka. Kalau diikutkan bab ikhtiar atau makan ubat, sudah lama kami berhenti dan hanya berserah bulat-bulat kepada Allah jika ada rezeki kami.
“Begitulah apabila Dia nak bagi, maka Dia akan bagi. Jadi, apabila dapat tahu isteri hamil, saya sangat teruja, gembira bercampur sedih,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Sematang Serdang, Simpang Empat di Arau, baru-baru ini.

Dia menyifatkan kehadiran Humairah sebagai ganjaran daripada Allah atas segala kepayahan dan pengorbanan isterinya yang telah banyak membantu menjaga ibu bapa dan mentua mereka yang sakit sebelum ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mohammad Khairul berkongsi, ketika ibu bapanya masih hidup dan sakit, Marzuraidah memainkan peranan penting dalam penjagaan di rumah sewaktu dia bekerja.

Selepas pemergian kedua-dua orang tuanya, tanggungjawab itu diteruskan dengan menjaga bapa mentua pula.

“Mungkin ini balasan Allah kerana kami berbakti kepada orang tua. Apabila kita jaga mereka waktu sakit, Allah mudahkan urusan dan beri rezeki zuriat yang tidak disangka ini,” ujarnya.

Bercerita mengenai pengalaman menemani isteri di dewan bersalin, Mohammad Khairul mengakui bahawa melihat sendiri kesakitan yang dialami Marzuraidah sangat menyentuh hatinya, sehingga memberitahu isterinya bahawa seorang anak sudah memadai.

“Apabila masuk dan melihat sendiri betapa peritnya isteri hendak bersalin, ia sangat menyentuh hati saya. Saya beritahu isteri, cukuplah seorang anak ini, dapat seorang sudah memadai,” kongsinya lagi.

Sementara itu, Marzuraidah menceritakan bahawa sepanjang tempoh mereka belum dikurniakan anak, dia terpaksa bersabar dan menyembunyikan perasaannya setiap kali berdepan dengan soalan atau gurauan yang sinis mengenai zuriat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kadang-kadang bila pergi kenduri, ada orang tua yang melawak kasar kata kita ‘lekeh’ sebab tiada anak. Walaupun bagi mereka ia sekadar gurauan, tetapi bagi kita yang menanggungnya, ia tidak kelakar langsung.
“Sering kali air mata menitis tanpa sedar, balik rumah macam itu sahaja. Namun, saya bersyukur kerana suami sangat memahami dan tidak pernah memberi tekanan,” katanya.

Sumber: Harian Metro (Noor Sara Mohamad Hanif)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Majikan kepada Dicky Yau, iaitu lelaki yang dibantu oleh Abang Minyak Hitam Jalanan sewaktu mengalami kesulitan disebabkan motosikal yang ditunggangi mengalami masalah. Menerusi perkongsian...

Sosial

Pempengaruh dikenali sebagai “Minyak Hitam Jalanan”, Abang Usop, berkongsi pengalaman apabila seorang individu yang pernah dibantunya, Dicky Yau, tampil menunaikan janji dengan menyerahkan sebahagian...

Dunia

Syarikat minyak dan gas dari Itali, Eni, dilaporkan menemui satu lagi sumber gas berskala besar di Indonesia menerusi sumur eksplorasi Geliga-1 yang terletak di...

Lokal

Terengganu mencatatkan peningkatan mendadak kes perceraian yang dilihat sebagai petunjuk awal krisis sosial, sekali gus memerlukan tindakan segera dan menyeluruh daripada semua pihak. Ahli...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd