Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

189,580 Peminjam PTPTN Tidak Bayar Balik Pinjaman Adalah Penerima STR

Seramai 189,580 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang belum membuat bayaran balik kemudahan pembiayaan itu terdiri daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Foto: NSTP

Menurut laporan Harian Metro, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mendedahkan bahawa daripada jumlah keseluruhan 415,109 peminjam, 45.7 peratus tidak pernah membuat bayaran balik sehingga 31 Ogos lalu.

“Berdasarkan data peminjam yang tersedia, daripada keseluruhan 415,109 peminjam yang tidak pernah membuat bayaran balik sehingga 31 Ogos 2024, seramai 189,580 peminjam atau 45.7 peratus adalah daripada kumpulan penerima STR.
“Selain itu, 225,529 peminjam atau 54.3 peratus terdiri daripada bukan kumpulan penerima STR,” katanya dalam jawapan bertulis di laman web Parlimen.

Foto: Harian Metro

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau memberi penjelasan terperinci pertanyaan Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) berhubung bilangan peminjam yang sudah bekerja dengan gaji melebihi RM3,000, namun masih mengabaikan tanggungjawab untuk membayar balik pinjaman PTPTN.

Menurut Zambry, data peminjam PTPTN masih terhad kerana hanya memperoleh maklumat peminjam semasa proses permohonan awal, sebelum mereka mempunyai pendapatan.

September lalu, Zambry dilaporkan mendedahkan bahawa sebanyak 430,000 peminjam PTPTN masih belum membuat bayaran balik pinjaman yang bernilai keseluruhan RM6 bilion, walaupun sebahagian daripada mereka telah mempunyai pekerjaan.

Beliau menjelaskan perkara tersebut turut dibincangkan di kabinet bagi mengatur langkah selanjutnya termasuk kemungkinan mengambil tindakaan perundangan terhadap mereka yang mengelak untuk membayar hutang PTPTN.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Mahaizura Abd Malik)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dilaporkan menangguhkan rancangan serangan terhadap Iran minggu ini selepas menerima amaran daripada sekutu negara Teluk dan pegawai pentadbirannya sendiri...

Sukan

Impian beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2026 tidak kesampaian selepas tewas kepada...

Sosial

  Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) fizikal dikenali sebagai Azlan mencuri perhatian selepas memilih untuk menyerahkan sejumlah wang tunai yang ditemuinya kepada pihak...

Sukan

Kerajaan Negeri Johor mengumumkan hari Isnin, 25 Mei 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh negeri sempena kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd