Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

16 Daerah Tidak Terima Hujan Lebih 15 Hari, 41 Daerah Lain Berada Pada Status Berjaga-jaga

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam melaporkan sebanyak 41 daerah berada pada status berjaga-jaga dengan suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius yang direkodkan sehingga hari ini.

Menurut satu laporan Berita Harian, menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, 41 daerah berkenaan melibatkan empat di borneo dan selebihnya di kawasan Semenanjung Malaysia.

Foto: FB Nik Nazmi

“Lapan daripada daerah berkenaan adalah di Kedah, tujuh di Johor, masing-masing enam di Negeri Sembilan dan Pahang, masing-masing dua di Sabah dan Sarawak, selain satu daerah di Perak iaitu Kuala Kangsar.
“Selain itu, Sepang di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya.

Beliau berkata, kelembapan udara yang rendah dalam angin semasa Monsun Barat Daya menjadi faktor kurangnya pembentukan awan hujan yang menyebabkan beberapa kawasan bakal mengalami bilangan hari tanpa hujan yang lebih lama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, pembenihan awan terpaksa dijalankan sekiranya keadaan semakin mendesak kerana proses tersebut amat rumit dan memerlukan kajian terlebih dahulu.

“Keadaan di Sabah sudah membolehkan negeri itu buat pembenihan awan, namun kesesuaian meteorologi termasuk keadaan awan penting untuk dikaji terlebih dahulu. Semua tindakan pembenihan awan di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),” ujarnya.

Foto: Berita Harian

Sementara itu, beliau turut melaporkan terdapat 16 daerah di seluruh negara tidak menerima hujan melebihi 15 hari dimana yang paling lama di Lahad Datu dan Papar, dijangka tidak akan turun hujan selama 29 dan 28 hari.

Diikuti dengan Langkawi 22 hari tanpa hujan, Pasir Puteh di Kelantan (21 hari), Kota Belud, Kota Kinabalu dan Putatan di Sabah (19 hari), Labuan (18 hari) serta Jelebu dan Port Dickson di Negeri Sembilan (17 hari).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau juga memberitahu enam daerah lain di Muar di Johor, Jeli, Kota Bharu dan Kuala Krai di Kelantan, Temerloh di Pahang dan Chuping, Perlis yang masing-masing tidak menerima hujan selama 16 hari.

Sumber: Berita Harian (Suzalina Halid)

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Insiden menyayat hati melibatkan bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu lepas kini mengundang kemarahan ramai apabila pemandu bot terbabit disahkan...

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Sosial

Tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki warga emas dihalau keluar daripada surau Musolla Halaman 11, Bandar Rimbayu, hanya kerana duduk beriktikaf...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd