Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

150 Hari Kayuh Basikal, Tiga Rakyat Malaysia Tiba Di Madinah Untuk Tunaikan Haji

Tiga rakyat Malaysia termasuk pasangan suami isteri berjaya tiba di Madinah, Arab Saudi selepas 150 hari melakukan pengembaraan berbasikal dari Kuala Lumpur dengan misi untuk menunaikan ibadah haji pada 19 April, Jumaat lepas.

Menerusi satu laporan Bernama, mereka terdiri daripada Ahmad Mohd Isa berusia 36 tahun, isterinya Noradilah Mohd Sapie pula 37 tahun dan Abdul Halim Talha, 57 tahun yang merupakan kakitangan Institut Penyelidikan Perhutanan (FRIM).

Foto: FB Ahmad Isa

“Tiba di destinasi selepas menempuh perjalanan sejauh 12,000 kilometer (km),” katanya.

Menurut Ahmad, kayuhan ke Madinah tahun ini lebih singkat berbanding kayuhan sama yang dilakukannya sembilan tahun lepas dan separuh perjalanan mereka terpaksa menggunakan kenderaan seperti kereta api, kapal terbang, feri dan kereta atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pada 2016, saya dan isteri ketika itu baru lepas berkahwin dan pengembaraan berbasikal lebih kepada berbulan madu dengan membabitkan 14 negara yang mengambil masa setahun tiga bulan untuk sampai ke Makkah sebelum menunaikan ibadat umrah.

Foto: FB Ahmad Isa

“Tapi pengembaraan kali ini lebih berfokus iaitu menunaikan haji yang membabitkan laluan tujuh negara dengan lima bulan sahaja masa yang diambil untuk sampai di sini (Madinah),” katanya.

Dia juga berkata, mereka bertiga tiba di Thailand terlebih dahulu sebelum mengambil penerbangan ke India dan menyambung kayuhan ke Pakistan dan Iran, kemudian menaiki feri ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), terus berkayuh ke Arab Saudi.

Ahmad turut memberitahu seorang lagi rakannya, Che Saad Nordin (74) yang berbasikal bersama pada peringkat awal tidak dapat meneruskan perjalanan kerana faktor geografi pergunungan dan cuaca sejuk di Pakistan menjejaskan kesihatan Che Saad sekitar Januari lepas.

Foto: FB Ahmad Isa

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Selepas perbincangan bersama dan mendengar nasihat doktor supaya tidak meneruskan kayuhan basikal, Pak Ad bersetuju mengambil tiket penerbangan pulang ke Malaysia.
“Alhamdullilah, selepas tiba di tanah air dan mendapat rawatan susulan, kesihatannya kini bertambah baik,” ujar Ahmad.

Sementara itu, ketiga-tiga mereka menghasilkan poskad yang berilhamkan setiap negara dijelajahi untuk menampung kos haji dan berjaya menjual 1,558 keping dengan nilai lebih RM141,000 sepanjang jualan mereka itu.

Sumber: Bernama (Mohd Afiq Zulkifli)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan selamat bertunang dengan kekasih hatinya, Elya Maisara dalam sebuah majlis pada Sabtu di Johor Bahru, Johor. Sedondon tema matcha...

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Sosial

Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki didakwa berdua-duaan di rumah seorang wanita di sebuah apartment di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Ahad. Menerusi satu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd