Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

110 Etnik Rohingya Berkhemah Depan UNHCR Miliki Kad Pelarian, Dipindah Ke IPK Kuala Lumpur

Polis mengesahkan semua pelarian Rohingya yang berkhemah di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Jalan Bukit Petaling memiliki dokumen UNHCR yang sah.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, hasil semakan dokumentasi mendapati kesemua 110 pelarian Rohingya berkenaan mempunyai kad pelarian yang masih sah.

“Pada 8.50 malam, polis memindahkan seramai 113 pelarian iaitu seorang lelaki Iraq, seorang wanita Somalia, dan 110 pelarian Rohingya yang berkhemah di pejabat UNHCR.
“Hasil proses dokumentasi yang dijalankan terhadap warga Rohingya di perkarangan Dataran Wira IPK Kuala Lumpur mendapati semua mempunyai dokumen UNHCR yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Foto: Harian Metro

Beliau berkata, operasi dokumentasi itu membabitkan pegawai dan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur serta Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Kuala Lumpur.

Menurutnya, kesemua warga asing terbabit kini ditempatkan di Dataran Wira, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur sementara menunggu tindakan lanjut daripada pihak UNHCR.

Foto: NSTP

Sebelum ini, media melaporkan ratusan pelarian Rohingya berkumpul di hadapan pejabat UNHCR selepas dipercayai diusir oleh penduduk tempatan dari Pulau Pinang.

Sumber: Harian Metro (Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd