Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

10 Syarikat Dipanggil Selepas Umum Kenaikan Harga Barang

Sepuluh syarikat yang membuat pengumuman menaikkan harga barang dan perkhidmatan pasca penyasaran subsidi diesel bermula 10 Jun lalu dipanggil untuk memberi penjelasan kewajaran tindakan itu.

Memetik satu kenyataan media, perkara itu diberitahu dan dimaklumkan sendiri oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali.

Menurutnya, siasatan awal mendapati permohonan fleet card oleh empat daripada syarikat berkenaan diluluskan, namun syarikat berkenaan tetap mengeluarkan notis bagi kenaikan barang dan perkhidmatan.

Foto: FB KPDN Laman Rasmi 

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Baki enam syarikat lagi mempunyai kenderaan yang tidak termasuk dalam senarai Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0.
“Setiap syarikat akan diminta memberikan perincian maklumat termasuk dokumen-dokumen berkaitan penawaran perkhidmatan atau penjualan barangan bagi tujuan penyediaan analisis pencatutan.
“Kegagalan untuk hadir boleh dikenakan penalti di bawah Seksyen 57 Akta 723 berkenaan,”  katanya hari ini.

Armizan menjelaskan, 10 syarikat terbabit diberikan notis bertulis yang dikeluarkan di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011, dan dua syarikat dipanggil semalam, manakala selebihnya akan menyusul.

Beliau berkata, syarikat-syarikat itu terdiri daripada sektor pengangkutan dan sektor bahan binaan masing-masing tiga syarikat, serta sektor makanan dan minuman dan sektor sewaan jentera masing-masing dua syarikat.

Foto: Kosmo

Sebelum ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melancarkan Ops Kesan 2.0 pada 8 Jun lepas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan daripada itu, KPDN memberikan amaran kepada semua pihak supaya tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang dan perkhidmatan dengan elemen pencatutan susulan penyasaran subsidi diesel yang dilaksanakan kerajaan.

Pihak yang didapati mengambil kesempatan dengan melakukan manipulasi harga akan dikenakan tindakan yang tegas di bawah Akta 723 dan boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 bagi perbadanan atau syarikat.

Manakala bagi individu boleh didenda hingga RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Facebook KPDN Laman Rasmi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna Facebook, Ishaq Marazi, tampil mendedahkan pandangan berhubung projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru yang kini hangat diperkatakan. Menurutnya, beliau merupakan antara pemilik...

Sosial

Baru-baru ini tular seorang pemandu kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang mengeluarkan saman hanya kerana tidak dapat menunjukkan lesen memandu dalam aplikasi MyJPJ. Menerusi...

Sosial

Seorang lelaki berusia 30 tahun berdepan detik cemas apabila terperangkap di tiang landasan tren aliran massa (MRT) selepas dipercayai cuba mencuri kabel di Jalan...

Nasional

Sempena sambutan Hari Malaysia 2025, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah menganjurkan program Bicara Malaysiana: Menjunjung Rukun Negara, Memperkukuh Jati Diri Bangsa bertempat di Auditorium...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd