Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Zayn Malik Terkilan Pemergian Mengejut Liam Payne, Luah Kenangan Bersama One Direction

Selepas kematian tragis Liam Payne, 31, akibat jatuh dari balkoni hotel di Argentina, bekas rakan anggotanya One Direction, Zayn Malik, meluahkan rasa dukanya di Instagram.

Zayn sedang berkabung atas kehilangan bekas rakannya, Payne.

Penyanyi “Pillowtalk” yang mencipta nama sebagai anggota One Direction bersama Payne, Harry Styles, Niall Horan, dan Louis Tomlinson, berkongsi kenangan yang penuh perasaan mengenai sahabatnya yang telah pergi pada Khamis.

Foto: Instagram Zayn 

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Liam, saya sering bercakap dengan kuat kepada kamu, berharap kamu dapat mendengar saya.
“Saya tidak dapat mengelak daripada berfikir secara mementingkan diri bahawa masih ada banyak lagi perbualan yang sepatutnya kita miliki dalam hidup kita.” tulisnya pada Jumaat.

Zayn atau nama sebenarnya Zain Javadd Malik berkongsi apa yang dia ingin katakan kepada mendiang berusia 31 tahun itu seandainya masih hidup.

“Saya tidak pernah berkesempatan untuk mengucapkan terima kasih kerana menyokong saya melalui beberapa waktu yang paling sukar dalam hidup saya.
“Ketika saya merindui rumah sebagai seorang kanak-kanak berusia 17 tahun, kamu sentiasa ada bersama saya dengan pandangan positif dan senyuman yang meyakinkan serta memberitahu saya bahawa kamu adalah kawan baik saya yang kamu sayangi,” luahnya lagi. 

Foto: Instagram Zayn 

Menggelar Payne sebagai “abang” yang hilang, penyanyi lagu ‘Dusk Till Dawn’ tersebut menyatakan bahawa dia tidak dapat menjelaskan apa yang sanggup dia lakukan untuk berjumpa semula dan memberi pelukan terakhir sebelum mengucapkan selamat tinggal dengan cara yang betul, serta mengakui bahawa dia sangat menghormati mendiang dengan sepenuh hati.

Sebenarnya, Zayn mengakui bahawa dia sangat banyak bergantung pada Payne semasa kumpulan itu berada di tahap yang amat popular walaupun mereka kadang-kadang tidak sependapat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Walaupun kamu lebih muda daripada saya, kamu sentiasa lebih bijak daripada saya. Kamu tegas, berpendirian, dan tidak peduli untuk menegur orang apabila mereka salah.
“Walaupun kami sering bertengkar kerana perkara ini, saya sebenarnya sentiasa secara diam-diam menghormati kamu,” tulisnya.

Zayn kemudian membahas tentang memori dan hubungan jatuh bangun sebagai persahabatan, termasuk ketika dia melempar Payne ke dinding saat mereka bertengkar.

Foto: Pinterest

Penyanyi solo itu juga berkata, dia sangat mengagumi kebijaksanaan mendiang dalam segala aspek dan menyatakan bahawa mendiang yang banyak mengetuai kejayaan kumpulan mereka.

“Bercakap tentang muzik, kamu adalah yang paling layak dalam setiap aspek.
“Saya tidak tahu apa-apa berbanding kamu kerana saya hanyalah seorang budak tanpa pengalaman dan kamu amatlah profesional. Saya sentiasa gembira mengetahui, tidak kira apa yang berlaku di atas pentas, kami sentiasa boleh bergantung kepada kamu untuk mengambil segala keputusan dan menjayakan sesuatu perkara.” kongsi Zayn.

Tambah Zayn lagi, dia akan menghargai semua kenangan pahit manis bersama mendiang di hatinya dan tiada kata yang mampu mengungkapkan rasa kehilangan yang mendalam ekoran kehilangan Payne secara mengejut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Carian Google

 

Untuk rekod, Zayn dan Payne digabungkan bersama Harry, Niall, dan Louis untuk membentuk One Direction selepas muncul di rancangan nyanyian The X-Factor pada tahun 2010.

Selepas mereka bersaing dalam rancangan itu dan menduduki tempat ketiga, kumpulan muzik itu menjadi sensasi dan global, menjual lebih daripada 50 juta rekod menurut Billboard, sebelum mereka hiatus pada tahun 2016.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Stereogum

Zayn meninggalkan kumpulan itu pada tahun 2015, dan Payne mempunyai perselisihan sedikit dengan penyanyi “Strip That Down” pada masa itu, tetapi dia tetap menyokong kejayaan rakan-rakannya yang lain walaupun mereka tidak memiliki kesepakatan lagi.

Liam Payne dilaporkan meninggal dunia di Buenos Aires, Argentina selepas terjatuh dari Hotel Casa Sur Palmero pada tingkat 3 di sana, pada malam Rabu waktu tempatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Lokal

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengiktiraf pencapaian cemerlang 70 pemain industri pembinaan di Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2024 yang berlangsung di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd