Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Zahid Hamidi Dipuji, Berani Selamatkan UMNO Dari Musuh

Presiden Parti Makkal Sakti, Datuk Seri RS Thanenthiran memuji sikap keberanian Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kerana bertindak menyelamatkan parti UMNO daripada musuh dalaman.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Thanenthiran mengatakan orang ramai perlu memuji keberanian dan ketegasan luar biasa Presiden UMNO itu walaupun ia membahayakan posisi beliau.

Ujarnya, pembersihan yang dilakukan oleh Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri adalah perlu dilakukan bagi memulihkan semula kekuatan UMNO.

“Pembersihan yang dilakukan secara sepenuhnya itu adalah sesuatu diperlukan bagi memulihkan kembali kekuatan dan kegemilangan UMNO.
“Bagaimanapun percayalah bahawa parti adalah lebih besar daripada sesiapa pun,”ujarnya.

Tegasnya, kemasyuran sesiapa sahaja sekalipun tidak boleh melangkui kuasa dan peraturan yang ditetapkan dalam politik.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kita diangkat sebagai pemimpin yang tertinggi hanya kerana Parti dan bukannya kerana kemasyuran secara individu! Saya percaya secara sepenuhnya akan perkara ini,”tegasnya lagi.

Pada masa sama, Thanenthiran berkata, mungkin ada pihak yang tidak senang dengan Ahmad Zahid berkenaan keputusan pemecatan dan penggantungan beberapa ahli UMNO, namun keputusan tersebut bukan dibuat oleh seorang tetapi melibatkan ahli MKT.

Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya MKT bertindak pantas padam api dalam sekam kerana ia lebih berbahaya daripada membiarkan ia terus dibakar.

Thanenthiran turut menjelaskan dia faham isu berkenaan merupakan isu dalaman sesebuah parti yang mempunyai perlembagaan mereka tersendiri.

“Ia merupakan isu mereka sendiri, namun kedaulatan parti dan kesetiaan parti adalah penting demi meneruskan agenda perjuangan,” katanya.

Selain itu, beliau menegaskan Parti Makkal Sakti Malaysia tetap akan setia bersama Presiden dan kepimpinan UMNO dalam memperkukuhkan martabat parti dan juga hala tuju negara yang disokong oleh UMNO sejak kemerdekaan.

Terdahulu. mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) memutuskan pemecatan bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar kerana pelanggaran disiplin sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan itu sahaja, Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan turut digantung selama enam tahun.

Sumber: Facebook R.S. Thanenthiran

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pengorbanan seorang bapa dalam sebuah keluarga tidak ternilai jasanya kerana sanggup melakukan apa sahaja demi melihat orang yang disayangi tersenyum gembira. Anak sebak, bapa...

Dunia

Presiden Republik Islam Iran, Masoud Pezeshkian menghubungi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memohon jasa baik Malaysia menyampaikan pendirian mereka buat negara-negara Islam...

Lokal

Seorang pengarah JKR (Jabatan Kerja Raya) bakal didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, Jalan Duta esok atas pertuduhan rasuah melibatkan ratusan ribu ringgit, kata...

Nasional

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tampil menjelaskan dakwaan melibatkan beberapa warga Pakistan peroleh kad pengenalan biru adalah kes lama yang kembali ditularkan di media sosial....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd