Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Zac Efron Akui Buat Pembedahan Plastik, Rahang Patah Akibat Terlanggar Bucu Air Pancut

Pelakon kacak, Zac Eforn akhirnya membuka suara dan mengaku membuat pembedahan plastik pada bahagian rahang wajahnya, tahun lalu.

Ia berikutan ramai terkejut dengan rupanya dalam sebuah program Earth Day! The Musical yang disiarkan menerusi laman Facebook.

Mana tidaknya, perubahan ketara pada bahagian rahang aktor berusia 34 itu amat jelas kelihatan oleh peminatnya terutama berbentuk segi empat sama pada April 2021.

Perubahan ketara itu membuatkan para peminatnya tertanya-tanya sama ada Alumni High School Musical itu membuat pembedahan plastik pada bahagian rahang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengulas lanjut, bekas bintang Disney Channel itu berkata, dia tidak sengaja membuat pembedahan plastik, sebaliknya terpaksa disebabkan mengalami kecederaan selepas rahangnya patah akibat berlari sambil memakai stokin di rumah.

Seterusnya, dia jatuh tergelincir dan terlanggar bucu air pancut sehingga membuatkan dirinya pengsan.

“Tulang dagu tergantung pada bahagian wajah,”ujar Zac kepada Men’s Health edisi Oktober 2022.

Susulan itu, dia terpaksa mendapatkan rawatan terapi fizikal bagi memulihkan otot wajahnya daripada bengkak selain menjalani pembedahan plastik.

Dalam masa sama, aktor terkenal antarabangsa itu mendedahkan insiden yang berlaku dalam hidupnya itu telah menyebabkan dirinya mengalami tekanan dan insomnia, terutama saat menjalani penggambaran filem Baywatch.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, dia turut memberitahu dirinya sebenar menghidap penyakit agorafobia di mana sentiasa berasa takut sewaktu berada di tempat atau situasi yang mempunyai ramai orang.

Terdahulu, sahabat aktor itu iaitu Kyle Sandilands menafikan dakwaan bahawa Zac Efron menjalani pembedahan plastik dalam sebuah sesi temu bual rancangan radio The Kyle and Jackie O pada Mei 2021 lalu.

Sumber: Independent

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pembuat piza tempatan, Zaini Ahmad mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya meraih kedudukan ke-92 dalam kategori Napolitana STG Pizza di Pizza World Championship 2026...

Sosial

Majikan kepada Dicky Yau, iaitu lelaki yang dibantu oleh Abang Minyak Hitam Jalanan sewaktu mengalami kesulitan disebabkan motosikal yang ditunggangi mengalami masalah. Menerusi perkongsian...

Bisnes

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan kapal tangki, Ocean Thunder, telah selamat tiba di Malaysia hari ini dengan membawa satu juta tong minyak mentah dari...

Dunia

Tentera Iran pada Sabtu mengumumkan penutupan semula Selat Hormuz hanya beberapa jam selepas ia dibuka, ketika lebih sedozen kapal dagang sedang melalui laluan maritim...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd