Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Yakin Dengan Kepercayaan Imam, Umat Islam Di Jogjakarta Rai Lebaran Hari Ini

Jemaah di Masjid Aolia Daerah Panggang, Gunungkidul, Jogjakarta menyambut lebaran 1 Syawal pada  hari ini, berbeza dengan umat Islam lain.

Menurut laporan Detiknews, jemaah Masjid Aolia akan menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di rumah imam masjid Aolia, di Kabupaten Gunungkidul.

Foto: Detiknews

“Esok (hari ini) jemaah masjid Aolia akan menunaikan solat sunat hari raya.
“Solat sunat itu akan diimamkan oleh KH Ibnu Hajar Sholeh Pranolo atau dipanggil Mbah Benu dan tiada takbir  dilakukan seperti tahun-tahun sebelumnya.
“Tiada aktiviti (takbir),” kata menantu Mbah Ibnu, Daud, ketika dihubungi wartawan semalam.

Foto: Kosmo Digital

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, turut timbulnya isu berkaitan solat tarawih yang dilakukan Mbah Ibnu bersama jemaah yang dikira awal dari sepatutnya.

Dalam pada itu, Kementerian Agama telah meminta penjelasan Mbah Ibnu mengapa dia memulakan tarawih malam tadi, dan dia menjelaskan bahawa ia berdasarkan kepercayaan dirinya sendiri.

Sehubungan dengan itu, jemaah masjid Aolia telah mula berpuasa pada hari Khamis, 7 Mac 2024 juga berbeza dengan tarikh puasa bagi umat Islam yang lain.

Sumber: Detiknews

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd