Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Xiaomi Lancar Kereta Elektrik Pertama, SU7 Buka Tempahan Mulai Minggu Ini

Xiaomi China mendedahkan kenderaan elektrik (EV) pertama mereka, iaitu SU7  akan dilancarkan dan bersedia untuk membuka tempahan bermula minggu ini.

Menurut laporan Reuters, Ketua Pegawai Eksekutif Xiaomi Lei Jun berkata, pihaknya menyasarkan syarikat mereka akan menjadi salah satu daripada lima pengeluar kereta terbaik dunia.

Foto: Reuters

 “Reka bentuk Sedan dan mempunyai teknologi “motor super elektrik” yang mampu memberikan kelajuan pecutan lebih cepat daripada Tesla (TSLA. O) dan EV Porsche,” katanya.

Lei berkata, sebanyak 76 kedai Xiaomi di 29 bandar raya mula mempamerkan EV berkenaan yang menarik minat bakal pelanggan serta penulis blog automotif sehingga beratur bagi melihat dengan lebih dekat versi ‘biru laut’ kereta itu di China, pada Isnin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Reuters

“SU7 didatangkan dengan dua versi – versi pertama dengan jarak pemanduan sehingga 668 km dengan sekali cas dan versi kedua dengan jarak pemanduan sehingga 800 km,” ujarnya.

Lei juga memberitahu bahawa masih belum ada ketetapan harga namun pihaknya sedang meneliti harga yang bersesuaian selepas mengambil kira kos pengeluaran bagi kedua-dua versi kereta tersebut.

Pada masa sama, SU7 mempunyai keupayaan pengecasan pantas dalam suhu rendah dan dilengkapi dengan teknologi canggih yang membolehkannya mengenal pasti jenis halangan terutama dalam keadaan mencabar.

Foto: Reuters

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Keupayaan pemanduan autonomi kereta Xiaomi akan menjadikannya berada di barisan hadapan dalam industri,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Lei juga melaporkan bahawa kereta keluarannya dihasilkan oleh unit pengeluar kereta milik kerajaan, iaitu BAIC Group di kilang Beijing dengan kapasiti tahunan 200,000 kenderaan.

Sumber: Reuters

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd